Pasangan selebriti Tom dan Fuad Rahman meluahkan rasa syukur apabila selesai mendaftarkan kelahiran cahaya mata mereka di Jabatan Pendafatran Negara (JPN).
Umum nama anak
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata, segala proses pendaftaran berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah, selesai daftar kelahiran anak. Daftar sijil lahir. Segalanya dipermudahkan.
Wah, bapak (Fuad) orang Singapura ada anak Malaysia, haha.
Sementara itu, menerusi satu lagi siri hantaran pada entri sama, Tom turut mengumumkan nama anaknya.
Secara rasminya, nama anak ialah Putri Anggun Lovellia. Boleh panggil Anggun, Putri, Love atau Vel. Tapi mama (Tom) panggil baby.
Pada 18 Februari lalu, Tom selamat melahirkan cahaya mata perempuan di Hospital Sungai Buloh, kira-kira jam 2.30 pagi, Ahad.
Untuk info, Tom selamat bergelar isteri kepada Fuad pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia.
Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira apabila mengumumkan Tom hamil anak pertama mereka pada Jun 2023.
Imbas kembali, Tom pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu. Sementara itu, Fuad juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali.