Nama pelakon dan pengarah, Farid Kamil kembali menerima pujian netizen susulan tindakannya mempertahankan rumah tangganya dengan aktres Diana Danielle sebelum ini.
Farid Kamil jadi contoh buat para suami
Menerusi perkongsian yang tular itu, netizen memuji kesungguhan Farid yang memujuk isterinya dengan memberi tawaran pendamaian iaitu RM225,000 merupakan sebuah kereta Vellvire dan barang kemas bernilai RM10,700.
Hasil usaha dan doa akhirnya menyatukan kembali hubungan Farid dan Diana. Mereka telah rujuk semula pada 31 Ogos 2023 selepas 21 hari bercerai.
Netizen berpendapat bahawa kesungguhan Farid mempertahankan rumah tangga dan menurunkan egonya demi isteri menjadikan dia sebagai individu yang perlu dicontohi oleh para suami.
Susulan daripada itu, Farid tampil memaklumkan bahawa apa yang dilakukannya adalah dengan kembali mendekatkan diri kepada agama.
Kembali kepada agama, itu saja. Saya mungkin cerminan cuma tidak lebih tidak kurang. Allah Maha Kuasa.