Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNampak “Kurang Cerdik” Bila Berbahasa Melayu, Namun Leona Semakin Disukai Ramai Kerana...

    Nampak “Kurang Cerdik” Bila Berbahasa Melayu, Namun Leona Semakin Disukai Ramai Kerana Jadi Diri Sendiri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kasih Iris Leona, yang terkenal dengan gelagat gila-gilanya di media sosial, sebenarnya memegang prinsip yang tegas dalam soal pendidikan.

    Anak kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman ini, yang juga merupakan seorang pempengaruh popular, meletakkan pendidikan di tangga pertama dalam senarai prioriti kehidupannya.

    Keputusan Leona untuk melanjutkan pengajian telah menarik perhatian ramai, termasuk selebriti berpengalaman seperti Datuk Aznil Nawawi. Menurut Aznil, yang mesra disapa Pak Nil, Leona bukan sahaja cantik tetapi juga memiliki kebijaksanaan yang setara dengan kecantikannya.

    “Soalan yang sepatutnya diajukan dalam pertandingan ratu, cantik dan mempunyai pemikiran yang kritis,” katanya dalam ruangan komen video yang dikongsikan oleh pengelola audio siar, Asyraf Khalid.

    Video tersebut, yang dimuat naik dalam Instagram Asyraf Khalid, menampilkan sesi wawancara bersama Leona. Ia mendapat pujian daripada netizen kerana perbualan yang menjurus kepada kepentingan pendidikan sebagai bekalan masa depan.

    Situasi ini amat bertepatan dengan keadaan semasa, di mana sebilangan pelajar lebih tertarik menjadi pempengaruh tetapi tidak serius terhadap pelajaran atau menyedari kepentingan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Dalam video tersebut, Leona berkongsi pengalamannya dan menjelaskan kepentingan memiliki ilmu, termasuk menyelesaikan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

    Asyraf Khalid, yang juga menantu kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, turut memuji sikap dan keberanian yang ditonjolkan oleh Leona sepanjang sesi wawancara itu.

    “Sempat menemubual Kasih Iris Leona di podcast apaceritatv! Kami bercakap tentang pengalamannya sebagai pelajar dan saya mesti katakan, satu perkara saya mengaguminya ialah rasa ingin tahu serta keberaniannya mengotorkan tangan.

    “Walaupun berasal dari keluarga terhormat, dia sentiasa bersedia untuk menyingsing lengan bajunya dan menimba pengalaman dunia sebenar,” katanya.

    Leona pernah mendedahkan bahawa dia mampu meraih pendapatan sehingga RM30,000 hasil kerja sepenuh masa sebagai pempengaruh dan pencipta konten di laman sosial.

    ALSO READ:  Keberanian Anak Black Hanifah Menaiki Kapal Terbang Seorang Diri Pada Usia 9 Tahun Raih Pujian Netizen

    Namun, pendapatannya menyusut selepas dia mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di sebuah universiti di United Kingdom.

    Keputusan Leona ini membuktikan bahawa walaupun dia popular di media sosial dan mempunyai pendapatan yang lumayan, pendidikan tetap menjadi keutamaan.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,206FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts