Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNana Sheme Tak Kecil Hati Sering Diajukan Soalan Fasal Zuriat – ‘Dua...

    Nana Sheme Tak Kecil Hati Sering Diajukan Soalan Fasal Zuriat – ‘Dua Tahun Berkahwin, Saya Seronok Jalani Alam Perkahwinan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nana ShemeNana Sheme

    Sudah memasuki dua tahun usia perkahwinan, penyanyi Nana Sheme mengakui tidak berkecil hati apabila sering diajukan pertanyaan tentang cahaya mata.

    Soalan fasal zuriat

    Nana ShemeNana Sheme

    Ketika ditemui , Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 29, berkata, dia tidak mahu terburu-buru untuk memiliki zuriat dan menganggap belum rezeki buatnya dan suami, Zikri Zakaria.

    Alhamdulillah, sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dan saya melalui alam perkahwinan ini dengan rasa seronok.

    Tetapi, belum ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata. Apa-pun tidak terburu-buru, saya dan suami hanya ‘follow the flow’.

    Secara jujurnya saya tidak tertekan pun apabila ada orang di sekeliling yang asyik bertanya bila mahu hamil, saya tidak kecil hati pun.

    Nana berkata demikian ketika ditemui di Anugerah Seri Angkasa 2024 yang berlangsung di PICC, Putrajaya, baru-baru ini.

    Kukuhkan ekonomi

    Nana ShemeNana Sheme

    Tutur Nana lagi, dia dan suami mahu mengukuhkan ekonomi kewangan terlebih dahulu supaya dapat menyediakan keperluan yang terbaik sekiranya menimang anak.

    Pada pendapat saya, penting untuk sesebuah keluarga itu mengukuhkan terlebih dahulu ekonomi kewangan.

    Saya dan suami ada perancangan kami, sudah pasti apabila ada zuriat mahu sediakan kelengkapan yang terbaik untuk zuriat saya.

    Dalam perkembangan lain, Nana memberitahu, dia baru sahaja melancarkan lagu terbaharu berjudul ‘Ratu’.

    Saya kembali memeriahkan industri dengan lagu terbaharu berjudul ‘Ratu’ di bawah naungan label baharu, Rusa Music.

    Lagu ini ada ‘vibes’ macam zaman lagu saya yang pernah viral dahulu, ‘Hantu Atau Buaya’. Bersama label Rusa Music sangat baharu, baru dalam empat bulan.

    Sekadar info, Nana dan Zikri melangsungkan perkahwinan pada 22 Oktober 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan di kediaman Nana di Sarawak.

    ALSO READ:  [VIDEO] Bekas Pramugari VVIP TUDM Kongsi Pengalaman Jalani Latihan – ‘Paling Teruk Saya Pernah Makan Katak Kembung’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts