Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Nanah Sampai Meleleh Keluar’ – Mangsa Produk Merkuri Derita Kulit ‘Breakout’, Siap...

    ‘Nanah Sampai Meleleh Keluar’ – Mangsa Produk Merkuri Derita Kulit ‘Breakout’, Siap Beri Izin Suami Kahwin Lain

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang wanita yang menjadi mangsa produk merkuri berkongsi ‘penderitaannya’ melalui di platform media sosial TikToknya baru-baru ini.

    Artikel berkaitan: Tak Boleh Stop Makan Pedas Tapi Takut Muka Senang Naik Jerawat? SOS Boleh Tolong Korang!

    Artikel berkaitan: Selalu Kena Tegur Kulit Wajah Kusam & Tak Bermaya? Ingat Kulit Wajah Ialah Aset Paling Berharga!

    Masalah kulit kronik

    Kata Nur Syamimi Azmi, 27, dia tidak menyangka berdepan masalah kulit yang kronik akibat penggunaan produk yang dipercayai mengandungi bahan merkuri sejak usia 14 tahun lagi.

    Demi memperoleh kulit selicin kulit telur, rupa-rupanya lapisan perlindungan kulitnya perlahan-lahan menipis akibat penggunaan produk terbabit.

    Biarpun memutuskan untuk berhenti menggunakan produk terbabit selepas mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun, kulitnya yang sudah terdedah kepada bahan berbahaya itu menjadi semakin parah.

    Kulitnya ditumbuhi jerawat, bernanah dan merebak seluruh wajah.

    Tidur malam tak boleh, menangis setiap masa. Nanah akan meleleh keluar bila mandi. Demam sakit kepala disebabkan breakout yang teruk. Sentuh muka sakit, bayangkan kalau mandi atau nak cuci muka. Hanya Allah saja yang tahu apa yang Mimie rasa.

    Perubahan mendadak kulit mukanya meninggalkan kesan mendalam daripada fizikal dan emosi. Individu sekeliling memandang Mimie dalam perasaan takut dan geli.

    Disebabkan itu, saya lebih banyak berkurung diri di dalam rumah daripada berjumpa dengan sesiapa. Kalau perlu juga untuk keluar, saya akan pakai pelitup muka untuk menyembunyikan jerawat bernanah.

    Namun, kebiasaannya pelitup muka yang dipakai akan menyebabkan nanah pada pipi pecah sehingga berdarah dan mengakibatkan rasa pedih tidak terhingga.

    Macam-macam usaha saya buat, termasuklah mendapatkan rawatan susulan di Kuala Lumpur. Namun, tiada sebarang perubahan pun yang berlaku. Malah, keadaan bertambah teruk.

    Izin suami kahwin lain

    Walaupun berdepan situasi sedemikian, Mimie bersyukur masih punyai pasangan hidup yang sentiasa memberikannya semangat tanpa putus asa.

    Suami tak pernah mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris perasaan saya. Malah, dia sentiasa memuji kecantikan saya dan yakin keadaan kulit saya akann pulih semula satu hari nanti.

    Saya pernah cakap dekat dia, carilah orang lain. Muka saya dah buruk.

    Sehingga artikel ini ditulis, video-video Mimie tular telah mencecah lebih 2.3 juta tontonan. Kini Mimie sedang mendapatkan rawatan kulit muka di AINAA Clinic yang ditaja sepenuhnya oleh pempengaruh media sosial dan pengasas produk, Hafiz Mahamad dan isterinya, Syafiqah Aina.

    ALSO READ:  Aliff Syukri Marah Kerana Tiada Lagu Raya Tahun Ini, Desak Komposer ‘Buat Kerja’ – ‘Anda Akan Sedih Tanpa Lagu Raya Saya’

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts