Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, January 22, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNaqiu Kena Tipu Cecah RM100k, Serah Kes Pada Peguam – ‘LOD Dah...

    Naqiu Kena Tipu Cecah RM100k, Serah Kes Pada Peguam – ‘LOD Dah Hantar Pagi Tadi’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, Naqiu memberitahu dia tetap meneruskan tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa telah mengambil kesempatan dengan melakukan penipuan sehingga mengalami kerugian mencecah RM100,000.

    Semakin dipermainkan

    Menerusi temu bual bersama , Naqiu berkata, pihaknya telah menghantar surat tuntutan (LOD) terhadap individu tersebut melalui peguamnya, pagi tadi.

    Pada awalnya saya tidak mahu memperbesarkan isu ini tetapi apabila saya diam, seolah-olah saya semakin dipermainkan. Mungkin dia anggap saya penakut dan tak pandai, jadi rasanya sekarang saya kena bertindak.

    Isu kena tipu ini bukan kali pertama berlaku tetapi apa yang sudah dilakukan individu ini sudah melampau kerana dia juga cuba memburukkan dan mencabar saya.

    Dia menggunakan saya untuk membuat video promosi sebuah jenama yang di luar pengetahuan saya. Selain itu, dia juga ada meminta saya untuk membuat lagu tanpa membuat sebarang pembayaran sekali gus membuang masa saya sepanjang tahun lalu.

    Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib turut mengakui isu penipuan ini bukan pertama kali berlaku dalam hidupnya. Oleh sebab itu, dia berani untuk mengambil tindakan seperti ini.

    Naqiu yang ditemui pada sidang media pelancaran lagu baharunya iaitu ‘Khayalan’ turut hadir bersama peguamnya, Aizat Azam dari tetuan Legalais.

    LOD telah dihantar

    Berbicara lebih lanjut, Naqiu memberitahu individu terbabit turut mendakwa sudah membuat bayaran selain memaksa dirinya melakukan projek pembikinan sebuah single.

    Saya tidak kenal sangat pun sebenarnya tetapi salah seorang pasukan saya yang memperkenalkannya kepada saya. Dalam satu pertemuan sebelum ini, dia menyatakan hasrat untuk menghasilkan lagu walaupun dia tidak mempunyai bakat.

    Ketika dalam peringkat demo, dia mendakwa saya yang memaksa dia merakamkan single tersebut kepada orang-orang industri seni. Lebih menarik lagi, dia memberitahu sudah membayar kos projek ini sedangkan satu sen pun saya tidak dapat. Malah masa saya yang terbuang.

    Logikkah saya nak paksa untuk seseorang yang tidak berbakat untuk menyanyikan lagu saya sedangkan duit pun saya tak dapat?

    Di akhir temu bual, Naqiu memaklumkan pengurusannya iaitu MindOrder turut menerima nasib sama dan turut menghantar LOD kepada individu terbabit.

    ALSO READ:  ‘Melewati Mimpi’ Bukti Amira Othman Teroka Dimensi Baharu Dalam Kerjaya Muzik

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts