Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNash Sebak Kenang Momen Dimarahi Jay Jay Ketika Rakam Lagu ‘Pada Syurga...

    Nash Sebak Kenang Momen Dimarahi Jay Jay Ketika Rakam Lagu ‘Pada Syurga Di Wajahmu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Datuk NashDatuk Nash

    Penyanyi, Datuk Nash gagal menahan air mata ketika mengimbau kenangan merakamkan lagu berjudul Pada Syurga Di Wajahmu yang juga merupakan ‘sentuhan’ Allahyarham Jay Jay.

    Sebak imbau momen

    Datuk NashDatuk Nash

    Ketika ditemui , Nash yang juga vokalis kumpulan Lefthanded berkata banyak peristiwa manis dan pahit yang sukar dilupakan sepanjang rakaman lagu tersebut termasuk dimarahi arwah.

    Dia adalah seorang insan yang sangat baik. Saya banyak sejarah dengan saya, dia menjaga tiga album saya dan dia juga mengendalikan album itu. Dia ‘produce’ tiga album itu. Lagu Pada Syurga Di Wajahmu adalah air tangan dia.

    Dia menggubahkan lagu dan memainkan muzik untuk lagu itu. Saya kena marah dengan dia ketika menyanyikan lagu itu kerana tiada penghayatan pada awalnya. Tapi oleh kerana dia berikan sentuhan sebagai seorang komposer dan penerbit, saya terima hakikat itu.

    Boleh dikatakan saya ‘fed up’ ketika rakaman tapi dia bagi saya semangat sebab lagu itu tinggi dan lagu itu berceritakan mengenai kisah rumah tangga. Dia pula memberikan sepenuh jiwanya terhadap lagu itu jadi alhamdulillah lagu itu menjadi lagu yang sangat hebat dan saya tidak akan lupakan jasanya.

    Nash berkata demikian ketika ditemui di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, pada Isnin.

    Dalam pada itu, Nash akui pemergian arwah sebagai satu kehilangan besar buat dirinya dan industri tanah air.

    Banyak yang kami kongsi dalam studio ketika rakaman. Saya banyak belajar ilmu dengan dia, ilmu nyanyian dia sangat mantap, dan dia juga seorang sahabat, komposer, penggubah lagu dan pemuzik yang baik.

    Kita rasa sangat kehilangan, kita hilang sebutir mutiara dalam negara kita. Gurau senda, ketawa, marah, semuanya ada.

    Alhamdulillah Allah beri keizinan pada saya untuk bertemu dan melawatnya di Institut Jantung Negara (IJN) ketika dia masih dalam rawatan.

    Terdahulu, jenazah Allahyarham Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus, 67, selamat dikebumikan pada jam 11.15 pagi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Sunway.

    ALSO READ:  Kritikan Terhadap Filem Berbayar: Mengancam Industri Perfileman – Ahmad Idham

    Allayarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9.27 malam Ahad.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts