Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, October 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNashriq Ismail Sabri Bantah Tindakan Tembak Anjing Liar, Cadang Malaysia Contoh Negara...

    Nashriq Ismail Sabri Bantah Tindakan Tembak Anjing Liar, Cadang Malaysia Contoh Negara Australia Sayang Haiwan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    nashriq 22nashriq 22

    Anak kepada Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Ismail Sabri Yaakob iaitu Nashriq, membantah sekeras-kerasnya operasi penangkapan dan pelupusan anjing liar, termasuk ‘Kopi’ dipercayai ditembak.

    Mansuh kebenaran guna senjata api

    nashriq 2nashriq 2

    Menurut Nashriq, 32, dia menyifatkan tindakan yang dijalankan oleh Majlis Daerah Besut (MDB), Kuala Terengganu, sebagai tidak berperikemanusiaan kerana masih terdapat langkah lain yang boleh diambil selain daripada membunuh.

    Tambah Nashriq, kerajaan boleh melaksanakan pemandulan terhadap anjing dan kucing liar sebagai langkah untuk mengatasi masalah gangguan terhadap orang awam.

    Telah tiba masanya untuk Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membenarkan penggunaan senjata api terhadap haiwan, terutamanya terhadap anjing dan kucing liar dihapuskan serta merta.

    Salah satu langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan adalah untuk membina satu pusat perlindungan haiwan di setiap kawasan yang mempunyai masalah anjing atau kucing liar.

    Kerajaan juga boleh membenarkan NGO Pencinta Haiwan untuk menjaga tempat tersebut secara sukarela.

    Selain itu, pihak kerajaan juga boleh membuat operasi pemandulan anjing dan kucing liar agar boleh mengawal pembiakan mereka.

    Agama tak bagi sakiti haiwan

    NASHRIQ ISMAILNASHRIQ ISMAIL

    Dalam pada itu, Nashriq yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bera, berkata Malaysia seharusnya mencontohi negara-negara luar seperti Switzerland, Austria, dan Australia dalam menjaga kebajikan haiwan.

    Saya amat berharap pihak kerajaan sedia mendengar suara daripada pencinta haiwan di negara ini dan bekerjasama dalam mengambil langkah yang lebih baik untuk mengatasi masalah anjing dan kucing liar di negara ini.

    Malaysia harus mencontohi negara-negara maju seperti Switzerland, Austria dan Australia dalam menjaga kebajikan haiwan.

    Lagi-lagi negara kita yang majoritinya orang Islam wajib mengikuti perintah Allah SWT dengan tidak menyakiti mana-mana haiwan, lagi-lagi membunuh.

    Jadi jangan la kita ‘menghalalkan’ cara hanya kerana ada ‘SOP’ yang telah ditetapkan di dunia.

    Terdahulu, MDB telah melakukan operasi bersepadu untuk menangkap dan melupuskan anjing liar di beberapa kawasan di Bandar Jertih selepas menerima 62 aduan mengenai gangguan haiwan tersebut daripada orang awam.

    ALSO READ:  ‘Semoga Kita Tak Berada Dalam Golongan ‘Terpaling’ – Naim Daniel Kena Kecam, Dituduh ‘Backup’ Rakan Artis?

    Menurut MDB, tindakan melupus anjing liar adalah mengikut prosedur Tatacara Operasi Piawai (TOP) ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan selari dengan peruntukan Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts