Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita mendedahkan bahawa dia bersama teman lelakinya ketika bulan Ramadan.
Mencari solusi
Gambar sekadar hiasan
Menerusi podcast Siti Mimah yang dimuat naik di TikTok, teman lelakinya yang bukan beragama Islam itu akan meminta wanita berkenaan untuk melakukan hubungan seksual jika tidak berpuasa meskipun pada waktu siang.
Saya Melayu dan teman lelaki saya bukan Islam. Setiap kali Ramadan saya memang berpuasa dan ajar dia puasa sekali.
Tapi kalau ada hari yang dia tak nak puasa, saya tak boleh nak paksa dan masa itu jugalah dia akan ajak saya lakukan hubungan seks. Kadang di siang hari pun jadi.
Wanita tersebut dilihat seakan-akan buntu untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapinya.
Saya tak tahu macam mana nak fahamkan dia tentang bulan Ramadan ini.
Komen Siti Mimah
Pengacara, Fiza Sabjahan dan Fatin Hamimah kemudian memberikan pandangan terhadap pengakuan wanita berkenaan.
Menurut Fiza, dia berpendapat langkah pertama yang perlu dilakukan pasangan tersebut adalah tinggal berasingan kerana ianya salah di sisi agama Islam.
Kalau kita cakap tentang duduk bersama itu sememangnya satu kesalahan. Tak kiralah Ramadan ke bukan bulan Ramadan ke..dia duduk dengan teman lelaki itu salah.
Tapi sebagai manusia kita tak boleh terus menghukum orang. Namun perkara pertama yang dia perlu buat adalah jangan duduk sama-sama tapi bukanlah minta mereka putuskan hubungan. Sebab duduk bersama tu dah macam suami isteri. Hormati bulan Ramadan.
Saya rasa dia perlu bantu diri dia dulu. Kalau cinta itu merosakkan diri sendiri, ianya merugikan masa.
Sementara itu, Fatin pula berpendapat bahawa wanita tersebut perlu mendapatkan nasihat daripada mereka yang lebih arif dalam agama Islam untuk mendapatkan bimbingan.
Dalam pada itu, Fatin juga mencadangkan agar pasangan tersebut menghalalkan hubungan mereka dengan mendirikan rumah tangga.
Sama ada jangan duduk bersama atau nikah terus. Sebab saya nampak dia ingin mencari solusi di dalam kekeliruan tetapi dia tak tahu macam mana nak mulakan.
Sama ada mencari nasihat daripada orang beragama atau sebagai orang Islam dan betul-betul sayangkan pasangan apa kata kalau berkahwin.
Apa kata sama-sama timba ilmu sebab kalau dia betul-betul sayang awak dia akan buat.
Di dalam agama Islam, Allah melarang hamba-hambaNya mendekati perbuatan zina apatah lagi melakukannya kerana boleh mendatangkan banyak keburukan kepada manusia.
@tv3malaysia Cinta tu memang buta tapi kalau dah sampai tak hormat bulan puasa ni. Hmm min pon takut nak jawab ? Takpe takpe, jangan cepat menghukum, kita dengar dulu cerita dari #KakJern yang nak dikongsi dengan #SitiMimah minggu ni. Jom set calendar korang! SitiMimah, Khamis dan Jumaat, 8 malam di semua platform digital TV3 & Audio+ #SitiMimah #TakpakarTapinakkongsi #KongsiBersama #KongsiCerita #SembangEntertainment
? original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia