Penyanyi popular, Shila Amzah menasihati adiknya yang juga penyanyi Syada Amzah agar tidak berputus asa dan meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian meskipun ada kala dikecam segelintir netizen.
Nasihat buat Syada
Menurut Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 32, sebuah kejayaan tidak datang bergolek tanpa sebarang usaha dan pengorbanan yang perlu dilalui sepanjang proses pembelajaran.
Jelasnya, penyanyi juga tidak lari daripada menerima kecaman netizen yang sudah dianggap sebagai asam garam buat mereka.
Jangan putus asa, benda itu (kecaman) merupakan asam garam menjadi penyanyi. Kalau ada rezeki tertulis maka adalah. Semua orang tidak didatangi dengan haluan atau destinasi mahupun perjalanan hidup yang sama.
Perlu melalui proses pembelajaran yang panjang. Sebagai contoh plan āaā tidak berjaya, boleh gunakan plan ābā, ācā dan seterusnya. Mudah-mudahan Syada dan semua pendatang baharu tidak putus semangat belajar dan terus berjaya.
Shila berkata demikian ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38), yang berlangsung di Stadium Arena Bukit Jalil, baru-baru ini.
Justeru, pelantun lagu Patah Seribu itu berkata Syada dan pendatang baharu perlu memandang setiap kritikan yang dilemparkan netizen dari sudut positif.
Dalam industri perlu sentiasa di posisi pembelajaran, pelbagai sudut diambil kira termasuk pengalaman dan juga kritikan orang ramai.
Kepada Syada dan semua pendatang baharu untuk mengambil setiap kritikan orang dengan positif. Jika ambil dari sudut positif, insya-Allah akan ada outcome yang positif juga.
Tidak kira seseorang itu lama atau baharu dalam industri, proses pembelajaran itu akan tetap berterusan sampai bila-bila.