Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNaskah Dakwat Merah Dakwat Biru Angkat Isu-Isu Realiti Warga Pendidik

    Naskah Dakwat Merah Dakwat Biru Angkat Isu-Isu Realiti Warga Pendidik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Guru ni ibarat lilin, tanpa guru memang malaplah masa depan anak-anak bangsa. Tanpa bakti dan penat lelah guru, mustahil kita mengenal dunia. Begitulah besarnya pengaruh guru dalam hidup kita semua.

    Tak kisahlah jika kini kita bergelar jutawan, ahli profesional atau ahli perniagaan berjaya, semua ini takkan terjadi tanpa hasil didikan dan tunjuk ajar guru.

    Bercakap pasal guru, baru-baru ini Bahagian Psikologi dan Kaunseling dengan kerjasama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan sebuah dokudrama “Dakwat Merah Dakwat Biru” yang mengetengahkan pelbagai masalah dan isu-isu berkaitan profesionalisme warga pendidik.

     


    Untuk pengetahuan semua, Naskah Dakwat Merah Dakwat Biru adalah sebuah dokudrama yang mengetengahkan konsep Literasi Undang-Undang kepada warga Perkhidmatan Pendidikan tanah air.

    Dokudrama ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman warga perkhidmatan pendidikan terhadap peraturan dan undang-undang yang harus dipatuhi sebagai penjawat awam di KPM.

    Penghasilan Dokudrama ini juga adalah sebahagian daripada inisiatif #111 Pemantapan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

    Selain menggambarkan komitmen sebagai guru, dokudrama ini juga memfokuskan kepada realiti dan etika serta peraturan sebagai penjawat awam yg perlu diberi perhatian dalam menjalankan tugas hakiki. Memang bagus untuk dijadikan rujukan dan peringatan buat mereka yang bergelar penjawat awam, khususnya warga pendidik.

    Jom kita lihat antara isu-isu yang diketengahkan dalam dokudrama ini..

    Babak di mana Cikgu Nurul Ziana dan Cikgu Syed Aril berselisih pendapat di hadapan murid.

    Terlalu asyik melatih anak murid di padang, sampai mengabaikan tugas hakiki sebagai seorang guru dan tak masuk kelas sewaktu sesi pembelajaran sehingga murid-murid bergaduh akibat dibiarkan tanpa pengawasan guru.

    ALSO READ:  Tiket Ke Grand Final Acer APAC Predator League 2025 Kini Dibuka Untuk Dijual!

    Guru yang sepatutnya menghadiri kursus tetapi sebaliknya tidak hadir atau ponteng dan pergi ke luar negara tanpa meminta kebenaran Pengetua atau pihak pentadbir sekolah.

    Banyak pengajaran yang boleh diambil..

    Disebalik realiti dan isu yang dipaparkan, sedikit sebanyak dokudrama ini merupakan sebuah medium yang sangat penting dan baik dalam membantu kefahaman semua guru tentang undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan tugas, sekaligus berkongsi info dan akta-akta pendidikan yang tak patut dipandang remeh.

    Diharap kita semua, khususnya warga pendidik mendapat manfaat dan iktibar untuk menjadi yang lebih baik, seterusnya dapat meningkatkan prestasi diri untuk menjadi seorang penjawat awam yang amanah dan beretika tinggi dalam melaksanakan tugas hakiki.

    #HariGuru2024
    #GuruJauhariDigitalAspirasiNegaraMADANI
    #7TerasKPM
    #MalaysiaMADANI
    #PendidikanManusiawi
    #terimakasihcikgu

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts