Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNatasha Hudson Tayang ‘Babybump’, Dibanjiri Doa Peminat!

    Natasha Hudson Tayang ‘Babybump’, Dibanjiri Doa Peminat!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Natasha Hudson sebelum ini berkongsi khabar gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil cahaya mata keempat hasil perkahwinan bersama suaminya, Muhammad Harits Jasmin atau lebih dikenali sebagai Jay Jasmin.

    Kongsi Foto ‘Babybump’

    Terkini, Natasha menerusi hantaran di Instagram dilihat memuatnaik foto babybump kehamilannya yang kini sudah memasuki trimester kedua.

    “I love you baby 🤰👶🤍.”-kapsyen Natasha di Instagram

    Dibanjiri Ucapan Tahniah & Doa Peminat

    Perkongsian Natasha dibanjiri dengan ucapan tahniah, malah ramai yang menitipkan doa buat pelakon ini agar segala urusan kehamilannya berjalan dengan lancar.

    Tetap Aktif Dalam Sukan Luncur Air

    Dalam pada itu, pelakon filem Chermin turut berkongsi bersama peminat mengenai dirinya yang tetap aktif dalam sukan luncur air (surfing) biarpun sedang hamil.

    “Saya letakkan semua tekanan pada dada saya lebih daripada perut saya. Ianya sangat terapiutik dan menenangkan. Saya sangat aktif dengan ketiga-tiga anak saya. Saya mahu kekal kuat dan cergas sehingga saya melahirkan.”-kongsi Natasha lagi

    Sekadar info, Natasha Hudson dan Jay Jasmin mendirikan rumah tangga pada 28 Mac tahun lalu dalam satu majlis yang berlangsung dengan sederhana yang dihadiri ahli keluarga dan kawan rapat di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor.

    Natasha juga mempunyai tiga cahaya mata perempuan menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Neesa Helena, Naeema Kalila dan Faatimah.


    Related articles

    Follow Us

    20,267FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts