Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, January 27, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNazim Othman Ada Alasan Tersendiri Tidak Mahu Kahwin Lagi – ‘Saya Tak...

    Nazim Othman Ada Alasan Tersendiri Tidak Mahu Kahwin Lagi – ‘Saya Tak Sanggup Nak Lukakan Hati Wanita Lain’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nazim OthmanNazim Othman

    Sanggup menurukan ego dan mengaku kekurangan diri, pelakon Nazim Othman mengakui belajar banyak perkara menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas isteri iaitu aktres, Bella Dally.

    ‘Muhasabah diri’

    Nazim atau nama lengkap Nushrul Alif Nazim Othman, 41, bersyukur serta berasa gembira apabila Bella akhirnya ditemukan dengan seorang insan bernama Arif Izudin.

    Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia. Jika tanya siapa manusia terbaik pernah saya jumpa dalam kehidupan, jawapannya adalah dia.

    Ketika perkahwinan, ego saya terlalu tinggi. Tetapi semakin meningkat dewasa, saya belajar banyak perkara. Saya muhasabah diri.

    Saya bersyukur dia ditemukan dengan seseorang sebaik Arif. Saya gembira untuk mereka.

    Nazim berkongsi mengenai perkara itu menerusi temu bual bersama Melodi.

    ‘Lukakan hati wanita’

    Nazim OthmanNazim Othman

    Mengulas mengenai kenyataan tidak akan berkahwin lagi, Nazim berkata, dia mempunyai alasan tersendiri selain enggan menyakiti hati mana-mana wanita.

    Sekiranya saya akan berkahwin lagi, jawapanya tidak. Saya ada alasan sendiri. Cukuplah sekali sahaja saya berkahwin. Cukup sekali saya lukakan hati wanita sedalam itu.

    Saya tidak trauma, tetapi cukuplah. Saya tak sanggup nak melukakan hati wanita lain.

    Dalam pada itu, Nazim turut berpesan kepada orang ramai supaya jangan berasa takut untuk mengaku kelemahan diri kerana percaya tiada manusia yang sempurna di muka bumi.

    Dalam kehidupan kini, sudah menjadi stigma apabila orang takut menyatakan kelemahan mereka. Semua mahu nampak sempurna, sedangkan manusia itu tidak sempurna.

    Terdahulu, Nazim menerusi hantaran di IG Story mengaku gagal menjadi seorang suami yang baik ketika mendirikan rumah tangga dengan Bella.

    Sekadar info, Nazim mendirikan rumah tangga bersama Bella pada 10 September 2016. Bagaimanapun, mahligai yang dibina berakhir apabila mereka sah bercerai pada 2 Mei 2018.

    ALSO READ:  [VIDEO] Fazziq Muqris Bakal ‘Off Market’? Peminat Wanita Mula Luah Kecewa

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts