Aktor kacak, Nazim Othman mengakui dirinya sedikit beremosi selepas menonton sedutan drama yang menjadi bualan ramai berjudul Curang Tanpa Niat lakonan Mira Filzah, Shukri Yahya, dan Sharifah Sakinah.
Nazim menerusi hantaran di Insta Stories, turut mengakui dirinya yang gagal menjadi seorang suami terhadap perkahwinannya bersama pelakon, Bella Dally yang sah bercerai pada Mei 2018 lalu. Namun, aktor ini menitipkan rasa syukur apabila bekas isterinya telah dijodohkan dengan seorang lelaki yang baik sebagai suami barunya.
“Dalam realiti, saya gagal menjadi suami juga. Walaubagaimanapun, saya bersyukur Allah telah menjodohkan bekas isteri dengan lelaki yang baik sebagai suaminya.”-tulis Nazim di Insta Stories
Tidak Akan Berkahwin Lagi
Dalam pada itu, aktor ini turut menegaskan tidak akan berkahwin lagi dan rela membujang daripada melukai perasaan wanita lain.
“Adakah saya akan mempertimbangkan untuk berkahwin lagi? Tidak.
Sebagai lelaki yang tidak sempurna, saya telah belajar pengajaran berharga bukan sahaja melalui pengalaman sendiri, tetapi daripada perhubungan orang lain juga.
Saya rela membujang daripada melukai perasaan wanita lain.”-tegas Nazim
Sekadar info, Nazim Othman pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Bella Dally pada 10 September 2016. Walaubagaimanapun, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, mereka sah bercerai Mei 2018.
Bella kemudian berkahwin bersama pilihan hatinya yang merupakan seorang ahli perniagaan iaitu Arif Izuddin Mohd Radzali pada 31 Mac 2019.
Apa komen anda?