Pelakon Nazim Othman mengambil kesempatan untuk bertanya beberapa soalan tentang dosa lampau kepada pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus ketika menghadiri satu majlis ilmu.
Kesal dengan dosa
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Nazim akui terkenang dosa sepanjang 40 tahun apabila bersendirian.
Apabila saya sendiri, saya selalu bercakap dengan Allah tentang pengakuan terhadap dosa-dosa saya.
Hati saya pernah terjentik apabila saya merasakan hidup saya sudah tidak lama lagi di dunia ini.
Bila terkenang dosa pahala sepanjang 40 tahun ini, saya jadi sayu mengenangkan amalan-amalan saya yang terlalu sikit.
Berkongsi lebih lanjut, Nazim mengajukan soalan mengenai hukum apabila dia berdoa agar nafsu syahwatnya dihilangkan sekiranya dapat menjadikan dirinya hamba yang taat.
Jawapan Ustaz
Menjawab pertanyaan Nazim, Ustaz Azhar memberi cara untuk menghapuskan dosa-dosa lama dan mengajar pelakon berusia 40 tahun itu cara berdoa yang lebih baik.
Untuk hapuskan dosa lampau, awak balik awak cari selawat Sayyidul Istighfar. Awak bangun malam dan lakukan solat sunat taubat. Baca selawat tadi sebanyak 100 kali.
Berkenaan doa tentang nafsu syahwat, lain kali mintak untuk diri dipelihara. Dalam meminta, kita jangan melebih-lebih.
Doa begitu bukan tidak elok tapi ada doa yang lebih baik daripada itu.