Pelakon, Nazim Othman tampil mendedahkan realiti sebenar industri seni yang tidak diketahui orang luar selepas memuatnaik sedutan babak K-Drama yang menampilkan beberapa pelakon hebat dalam satu frame.
Menurut Nazim menerusi Insta Stories, mendedahkan bahawa kebanyakan kontrak yang diberikan kepada pelakon serta krew produksi adalah ‘berat sebelah’ dan hanya menangkan pihak produser sahaja.
“Tanya rate pelakon dan krew, tapi akan buat apa saja untuk minta diskaun all the time.
Sesetengah pihak produksi akan melabel para pelakon yang mahu mempertahankan ‘rate’ mereka sebagai pelakon-pelakon bermasalah atau demanding.”-dedah Nazim
View this post on Instagram
Bayaran Pelakon & Kru Di Malaysia Lebih Rendah
Tambahnya lagi, bayaran untuk para pelakon dan Kru di Malaysia jauh lebih rendah berbanding Negara-Negara Serantau selain wajib menyediakan pakaian sendiri mengikut kesesuaian karakter lakonan.
“Barangan ‘prop’ juga mengharap milik pelakon sendiri adalah ‘normal’. (Tiada bayaran tambahan untuk ini).
Expect para pelakon dan kru untuk memberikan 100% tapi kebanyak produser tidak.”-tulis Nazim
Simpati Dengan Kru Di Sebalik Tabir
Dalam pada itu, Nazim turut meluahkan rasa simpati dengan golongan kru di sebalik tabir yang mendapat bayaran yang rendah biarpun hadir bekerja setiap hari.
“Saya paling simpati kepada golongan krew belakang tabir kerana bayaran mereka rendah walaupun mereka bekerja hari-hari sepanjang perjalanan shooting sesebuah drama.”-luah Nazim
Kita hanya nampak kehidupan mereka di media sosial semuanya indah belaka, namun hanya mereka yang tahu di sebaliknya…
Apa komen anda