Suami kepada pelakon jelita Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil menjawab desas desus mengenai rumah tangganya yang dikatakan sedang bergolak.
‘Gaduh manja’
Memetik laporan Berita Harian, Nedim atau nama sebenarnya Mohamad Nedim Nazri menegaskan rumah tangganya masih dalam keadaan yang baik menerusi satu sesi siaran langsung di Instagram (IG).
Bahkan, Nedim memaklumkan dirinya dan Nora hanya ‘gaduh-gaduh manja’ memetik
Tak ada apapun, saya sayangkan isteri saya. Tolonglah, jangan buat lawak mengarut. Janganlah cakap pasal berpisah, tak baik.
Saya dan isteri masih baik, kami adalah rakan dan pasangan yang baik.
Gaduh-gaduh manja itu betul. Masalah kecil sahaja, kami okay dan kami masih baik.
Menerusi sesi live tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih mereka terhadap khabar angin tersebut dan berharap hubungan Nedim dan Nora dalam keadaan yang baik sahaja.
Dalam pada itu, Nedim tidak menafikan dakwaan dia kini tinggal berasingan dengan Nora namun, menjelaskan bahawa mereka berbuat demikian memandangkan rumah kediaman mereka masih dalam proses pengubahsuaian.
Insya-Allah, tak ada benda, memang kami duduk berasingan sebab rumah masih dalam proses ubah suai.
Terdahulu, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif mengejutkan para peminatnya apabila mendedahkan rumah tangga bersama Nedim kini sedang bergolak.
Menurut Nora, dia dan Nedim juga sudah tinggal berasingan sejak tiga bulan lalu.
Namun, pelakon ‘Polis Evo 3’ itu memaklumkan dirinya dan suami sedang berusaha untuk memulihkan pergolakan tersebut dan menegaskan penceraian merupakan jalan terakhir bagi kemelut tersebut.
Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6.
Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008.
Mereka juga mempunyai seorang cahaya mata yang bernama Putra Rayqal, 15 hasil daripada perkahwinan tersebut.