Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNeelofa Akui ImanTurun Naik, Bersyukur Suami Beri Sokongan Dalam Aspek Agama Untuk...

    Neelofa Akui ImanTurun Naik, Bersyukur Suami Beri Sokongan Dalam Aspek Agama Untuk Terus Istiqamah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Usahawan selebriti terkenal, Neelofa, meluahkan rasa syukur dan gembira atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh suaminya, Haris Ismail, dalam perjalanan spiritualnya mendekatkan diri kepada Tuhan.

    Neelofa, atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 35, berterima kasih kepada Haris yang banyak memberi dorongan dan galakan dalam aspek agama, sekali gus membantu dirinya terus istiqamah dalam melakukan kebaikan.

    Dalam satu video yang dikongsikan di TikTok, Neelofa berkata bahawa selain suaminya, dia juga dikelilingi oleh ahli keluarga yang konsisten melakukan amalan-amalan baik seperti zikir dan solat tahajud. Menurut Neelofa, suasana positif ini sangat membantu dalam mengekalkan semangatnya untuk terus mendekatkan diri kepada Allah.

    “Selain suami yang banyak memberi galakan tentang agama, saya juga mempunyai ramai sepupu dan ibu saudara yang sangat konsisten melakukan aktiviti seperti zikir dan solat tahajut. Apabila kita mempunyai pasangan, kawan-kawan atau keluarga yang boleh mengajak ke arah kebaikan, itu sangat membantu,” ujarnya.

    Neelofa memberi reaksi itu ketika menjawab pertanyaan suaminya mengenai bagaimana dia mengekalkan istiqamah dalam melakukan kebaikan dan terus mengenakan hijab.

    Menurutnya, setiap individu pasti berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan yang kadang kala menyebabkan tahap keimanan mereka turun naik.

    “Memang itu boleh dikaitkan dengan saya. Itulah realiti kehidupan apabila sekejap kita akan merasakan iman dalam keadaan baik, sekejap tidak. Sekejap saya akan merasakan solat rasa khusyuk, sekejap tidak.

    “Manakala sekejap rasa seperti membuak-buak untuk melakukan pelbagai amalan. Itu adalah lumrah kehidupan manusia apabila kita diuji dan dihasut,” jelas Neelofa dengan jujur.

    Selain itu, pelakon drama Red Velvet ini turut berkongsi kisah silamnya yang jarang membaca al-Quran dan bagaimana keadaan tersebut mengubah hubungannya dengan kitab suci itu. Menurutnya, al-Quran akan terasa semakin jauh jika ia dibiarkan lama tanpa dibaca.

    ALSO READ:  Pernah Dicekik Dan Diganggu Lembaga Menyerupai Toyol, Diana Danielle Pernah Disihir Semasa Kecil

    “Saya bercerita tentang kisah saya. Al-Quran ini sebenarnya kalau kita tinggalkan dia, dia akan lebih jauh tinggalkan kita. Saya pernah berada dalam situasi itu, saya pernah tinggalkan al-Quran sehingga bertahun-tahun rasa susah untuk membacanya.

    “Walaupun pada bulan Ramadan, tetap berasa berat (sukar) untuk membaca,” katanya dengan nada yang reflektif.

    Namun begitu, Haris memuji usaha isterinya dan tahap bacaan al-Qurannya yang kini sudah lancar. Dia turut meluahkan rasa syukur terhadap usaha gigih Neelofa dalam memperbaiki diri dan terus istiqamah dalam jalan Allah.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts