Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNeelofa Kongsi Foto ‘Sweet’ Bersama Suami, Netizen Tegur Terlalu Menunjuk?-“Bersederhanalah…”

    Neelofa Kongsi Foto ‘Sweet’ Bersama Suami, Netizen Tegur Terlalu Menunjuk?-“Bersederhanalah…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa memberi ucapan istimewa buat Haris Ismail sempena hari lahir suaminya yang ke-29, semalam.

    Kongsi Foto Mesra Sempena Hari Lahir Suami

    Neelofa, menerusi hantaran di Instagram turut berkongsi beberapa foto mesra bersama suami termasuklah merangkul pinggang Haris ketika meraikan hari lahir suaminya itu di sebuah restoran.

    “Imamku, kunci syurgaku. Thank you for everything sayang ❤️ moga Allah berikan kebaikan dalam segala hal dunia akhirat..”-kapsyen Neelofa di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Neelofa (@neelofa)

    Ditegur Terlalu Tunjuk Kemesraan?

    Di sebalik ramai yang meluahkan rasa bahagia melihat pasangan suami isteri ini, komen salah seorang netizen mencuri perhatian selepas memberikan teguran agar tidak terlalu menunjukkan kemesraan dan mengamalkan sikap bersederhana.

    “Bersederhanalah. Kalau betul sayang pasangan jangan tunjuk sangat. Sekarang banyak dah berlaku. Sama-sama ambil pengajaran.”-komen seorang netizen

    Neelofa Beri Respon

    Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor dilihat memberikan respon ringkas terhadap teguran netizen berkenaan yang ditujukan kepadanya.

    “Tak banyak pun.”-balas Neelofa ringkas

    Sekadar info, Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Bilal, dan Abdullah Abbas.

    Kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka berdua agar perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat. Apa komen anda?.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts