Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNeelofa Syukur Naelofar Hijab Sudah Sedekad Bertapak, Pernah Terpaksa Jual Kereta Buat...

    Neelofa Syukur Naelofar Hijab Sudah Sedekad Bertapak, Pernah Terpaksa Jual Kereta Buat Modal – ‘Modal Sepenuhnya Daripada Keluarga & Duit Sendiri’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengasas Naelofar Hijab, Noor Neelofa meluahkan rasa syukur apabila perniagaan yang diusahakan kini sudah mencecah usia sedekad bertapak dalam pasaran Malaysia.

    Sedekad bertapak

    Mengakui tidak terlepas daripada ujian ketika menguruskan perniagaan, pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor, 35, berkata, keluarga sentiasa memberikan sokongan kepadanya ketika dia berada di fasa ‘goyah’.

    Saya ingat kembali ada juga momen ‘goyang’ dalam perniagaan, tapi perkara itu tidak saya kongsikan kepada umum. Apa yang dipamerkan kebanyakkan yang indah.

    Namun ketika di saat goyah itu, keluarga yang ada bersama dan terus memberi sokongan. Mungkin tanpa mereka, saya akan terus ‘goyang’. Bersyukur keluarga sama-sama bantu kukuhkan perniagaan.

    Walaupun ada saat-saat ‘goyah’ itu, jualan, ‘demand’ tetap tinggi daripada pelanggan. Kalau pasukan saya ‘collapse’, sangat sayang dan rugi.

    Neelofa berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran kereta sorong bayi edisi terhad Hamilton x Neelofa yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.

    Legasi Neelofa

    Ibarat mimpi jadi realiti, isteri kepada pendakwah terkenal, Haris Ismail itu gembira apabila impianya untuk memiliki sebuah legasi perniagaan akhirnya menjadi kenyataan.

    Tak pernah sangka sudah 10 tahun perniagaan saya bertapak. Rasa macam mimpi pun ada sebenarnya. Namun, mimpi ini ada dalam doa-doa saya.

    Saya masih ingat ada satu kejadian ketika sambung belajar di UK, pelajar dalam kelas gelakkan saya apabila saya beritahu mahu adakan satu legasi sendiri.

    Syukur alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya. Akhirnya ada legasi sendiri yang kini sudah berusia 10 tahun. Rezeki perniagaan ini bukan saya seorang, tetapi semua yang terlibat dari dahulu hingga kini.

    Dalam pada itu, disoal mengenai cabaran sepanjang 10 tahun menguruskan Naelofar Hijab, ibu kepada dua cahaya mata ini menjawab, dia terpaksa menjual aset miliknya untuk dijadikan modal perniagaan.

    Saya bersyukur Naelofar sejak hari pertama ditubuhkan hingga kini sudah 10 tahun, kami tidak pernah ambil duit sesiapa.  

    Syarikat tidak pernah ambil apa-apa ‘grant’ atau ‘loan’, modal sepenuhnya daripada keluarga dan duit sendiri.

    Syarikat saya berkembang adalah hasil usaha yang terlibat. Ada juga beberapa kali diberi peluang untuk diberikan ‘grant’, namun tidak terjadi.

    Modal itu dipusingkan semula hingga sekarang. Walaupun dulu saya tiada sumber pendapatan yang kukuh, alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk tubuhkan syarikat.

    Saya dulu terpaksa jual kereta pertama saya, kakak saya Nabila jual rumah dia, saya pinjam duit Ameera. Begitulah kami buat modal untuk tubuhkan syarikat Naelofar.

    ALSO READ:  Wanita Kongsi Foto Mesra Dengan Amir Ahnaf Tampil Bersuara – ‘Ada Banyak Lagi Saya Nak Spill’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts