Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNeelofa Tidak Mahu Ramal Siapa Pemenang AJL 38?

    Neelofa Tidak Mahu Ramal Siapa Pemenang AJL 38?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seperti kebiasaan, selebriti dan usahawan Noor Neelofa sentiasa mencuri perhatian peminat kerana akan membuat ramalan mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) menerusi ciapan dia laman sosial miliknya.

    Malah, pada AJL 36 yang lalu, ramalan Neelofa ternyata tepat apabila meramalkan lagu Pelukan Angkasa nyanyian Shila Amzah dan SOG diangkat sebagai Juara AJL 36.

    Kemudian pada AJL 37, Neelofa kemudian meramalkan beberapa lagu seperti Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos, dan Terus Hidup nyanyian Aina Abdul yang bakal mengungguli carta tiga terbaik pada ketika itu.

    “Tahun Ni Bersara…”

    Namun, pada AJL 38 kali ini, lain pula reaksi Neelofa apabila menyatakan bahawa dia mahu bersara daripada memberikan ramalan AJL dan meminta para netizen untuk membuat ramalan untuk AJL kali ini.

    “Haha. Tahun ini bersara. Korang propose la..”-tulis Neelofa di X

    Bertemakan Muzikaverse, malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) akan bersiaran langsung pada 3 Mac ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.

    Antara lagu yang akan bertanding adalah Jangan Mati Rasa Itu ciptaan dan nyanyian Aina Abdul, Sutera (Aisha Retno / MFMF), Santai (Naqiu/ Faizal Tahir), Inilah Jalan (Masdo/ Noh Salleh), dan Darah (Marsha Milan/ Naim Daniel/ dan Firdaus Rahmat).

    Turut serta Kalam (Shiha Zikir / Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat), dan Hasrat (Amir Jahari / Amir Jahari).

    Siapakah pemenang AJL 38 kali ini? Sama-sama kita nantikan!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts