Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNeeta Manis Hos Travelog “Escape From Kl” Di RTM

    Neeta Manis Hos Travelog “Escape From Kl” Di RTM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton setia salurannya bersantai menerusi program travelog “Escape From KL” bersiaran setiap Ahad, pukul 10.00 malam di TV Okey dan RTMKlik (www.rtmklik.rtm.gov.my).

    Travelog Sebanyak 13 Episod

    Travelog 13 episod berbahasa Inggeris ini pastinya mensasarkan penonton yang mencari idea percutian singkat.

    Setiap episod memaparkan, antara lain, cadangan retret Malaysia, pulau persendirian, bercuti ke pantai dan banyak lagi.

    Setiap perjalanan akan menjadi mesra keluarga, menampilkan permata tersembunyi yang mudah diakses dari bandar.

    Hos Neeta Manis akan berkongsi dengan penonton perjalanan indahnya dalam menerokai lokasi menarik dengan aktiviti hebat yang dirancang dan makanan yang lazat untuk dicuba.

    Yang pasti pada penghujung setiap episod penonton akan mempunyai banyak idea untuk merancang perjalanan percutian mereka yang seterusnya.

    Pelbagai Lokasi Di Luar KL

    via RTM

    Antara lokasi yang menjadi pilihan termasuklah Kuala Kubu Bharu (KKB), Selangor dimana terletaknya rumah kepada Empangan SUNGAI Sungai Selangor yang tersergam indah dan bersama-sama dengan bukit-bukit yang terbentang putih.

    KKB merupakan hab untuk keseronokan bagi yang mencari pengembaraan. Sertai Neeta terbang tinggi di langit melakukan aktiviti paragliding, meneroka sungai yang deras dan menuruni cerun dan anak sungai dengan menaiki ATV.

    Neeta kemudiannya ke Genting Highlands tempat di mana orang biasanya diingatkan tentang percutian singkat dan menyejukkan daripada cuaca panas terik dan pengembaraan taman tema Genting SkyWorlds yang menarik.

    Umpama bonus di sini Neeta tidak bersendirian dengan kemunculan Anas dan Patrick yang merupakan ahli kumpulan I Am Neeta.

    Turut Menjelajah Sekitar Pulau

    via Instagram Neeta Manis

    Seterusnya Neeta teruja berada di pulau lagenda, Pulau Tioman yang diketahui sebagai tempat berehat terakhir puteri naga yang cantik dan mendapat nama sempena nama burung, Tiong dan Man yang bermakna milik saya oleh masyarakat tempatan di sana.

    ALSO READ:  Shila Amzah Luah Pandangan Tentang Konflik Perceraian – ‘Settle Je Dengan Hakam’

    Aktiviti berbeza yang dicuba Neeta menyelam di waktu malam di Salang dan banyak lagi aktiviti air.

    Neeta memilih Min House Camp terletak di tepi sungai Kubang Kerian, dimana kem ini dikelilingi oleh kehijauan tropika yang subur.

    Ia menggalakkan kehidupan dan gaya hidup mampan, dengan pelbagai aktiviti untuk tetamu.

    Di sini dikongsikan pengalaman Neeta mencuba kuih Ondeh-Ondeh terbaik, aktiviti penternakan lebah, ikan dan menangkap ketam juga lokan.

    Ikuti juga kembara Neeta ke Pulau Langkawi, Perlis, Taman Negara, Pulau Duyong dan Pulau Lang Tengah di Terengganu.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts