Fakta untuk kamu, filem ikonik ‘Kal Ho Naa Ho’ merupakan filem yang menerima kutipan tertinggi pada tahun 2003. Segala-galanya mengenai filem itu adalah sempurna, daripada pemilihan lagu sehingga ke pelakon.
Walaupun begitu, tahukah kamu, filem ini sebenarnya menghadapi pelbagai cabaran sebelum ia berjaya. Salah satunya, pertukaran beberapa pelakon seperti Neetu Kapoor yang sepatutnya memainkan watak “Jennifer Kapoor” yang kemudiannya digantikan kepada Jaya Bachchan.
Dalam sebuah temu bual lama, aktres Neetu Kapoor mendedahkan bahawa tak ramai yang tahu bahawa watak ibu Preity Zinta iaitu “Jennifer Kapoor” pada mulanya ditawarkan kepadanya. Tetapi dia terpaksa menolak tawaran itu kerana suaminya, Rishi Kapoor.
View this post on Instagram
“Bukan saya tak mahu watak itu, malah saya juga tidak sukakan kerangka fikiran itu. Suami saya tak pernah minta saya untuk tidak bekerja, tetapi dia sangat posesif.”
Kongsinya, Rishi merupakan seorang suami yang sangat posesif dan cepat berasa insecure apabila dia keluar bekerja. Untuk elakkan daripada perkara tidak elok berlaku, dia memilih untuk tolak tawaran tersebut dan tidak bekerja.
View this post on Instagram
“Dia mahu saya sentiasa berada di rumah, atau dia akan menjadi ‘gila’. Dia sangat insecure. Jadi untuk saya tinggalkan suami dan pergi shooting, saya tak dapat baayangkan. Saya fikir jangan buat dia berasa marah dan sebab itulah saya tidak lagi bekerja.”
Sekadar info, selain Neetu, Kareena Kapoor juga dilaporkan sepatutnya memainkan watak “Naina” dan kemudiannya digantikan kepada Preity Zinta.