Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNelissa Nizam Terpaksa Tolak Tawaran Menyanyi Sebab Sibuk Berlakon – ‘Saya Akan...

    Nelissa Nizam Terpaksa Tolak Tawaran Menyanyi Sebab Sibuk Berlakon – ‘Saya Akan Fikirkan..’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan penyanyi, Nelissa Nizam akui lebih selesa melibatkan diri dalam bidang lakonan selepas berpisah dengan kumpulan The Gadys.

    ‘Sebenarnya saya undur diri sebab tawaran berlakon’

    Ketika ditemui di majlis pelancaran drama bersiri Viu yang berjudul Bawah Payung Awan, baru-baru ini, Nelissa atau nama sebenarnya Nelissa Edreena Nizam, 26, berkata, meskipun telah meninggalkan kumpulan The Gadys namun hubungan mereka berada dalam keadaan baik. Malah masih mengekalkan ikatan persahabatan.

    Sebenarnya saya undur diri dari The Gadys sebab tawaran berlakon banyak dan jadual saya sangat sibuk. Saya tak nak susahkan The Gadys sebab mereka terpaksa ikut jadual saya. Bagi saya, itu tidak adil bagi mereka.

    Saya ada beri kata-kata semangat dekat mereka. Kami ni kawan, hubungan kami sama je macam dulu cuma saya sibuk dengan drama. Tapi dekat The Gadys memang saya ada bagi sokongan. Apa-apa yang mereka buat, saya doakan yang terbaik.

    Saya tak terfikir pun keputusan undurkan diri dari The Gadys tu adalah tepat sebab bagi saya, mungkin ini adalah rezeki. Daripada orang tak tahu, tiba-tiba orang kenal The Gadys.

    Dalam pada itu, pelakon filem Saka Perawan itu menjelaskan ada menerima beberapa tawaran untuk kembali ke bidang nyanyian namun dia menolak atas kesibukan kariernya sebagai pelakon.

    Peluang dan tawaran menyanyi tu ada cuma sekarang memang tak cukup tangan. Tiap hari memang di set untuk filem dan drama. Mungkin lepas habis drama, saya akan fikirkan.

    Terdahulu, kumpulan The Gadys dianggotai oleh empat gadis iaitu Nelissa, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini.

    November tahun lalu Nelissa dan Faa Zaini mengumumkan mengundurkan diri daripada The Gadys disebabkan jadual kerjaya yang padat.

    ALSO READ:  Ella Kembali Dengan ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ 9 Ogos Ini!

    Untuk info, kumpulan The Gadys kini dianggotai oleh Azie, Thamiera dan Ayunie.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts