Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNelysa Norazlan Kongsi Pengalaman Bersalin Normal Tak Koyak – ‘Saya Ambil Kelas...

    Nelysa Norazlan Kongsi Pengalaman Bersalin Normal Tak Koyak – ‘Saya Ambil Kelas Pernafasan & Kerap Minum Air Kelapa’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    nelysanelysa

    Personaliti media sosial, Nelysa Norazlan berkongsi dengan pengikutnya tentang pengalaman melahirkan anak secara normal.

    Bersalin anak pertama

    @nelysa_norazlan

    Replying to @syahidasz Alhamdulillah, rasa tak sia sia masuk labour prep class tu.

    ? original sound – Nelysa Norazlan – Nelysa Norazlan

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nelysa yang baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya pada 18 Mei lalu berkata, dia bersyukur kerana proses kelahiran bayinya itu berjalan dengan lancar.

    Menurut Nelysa, dia tidak mengalami sebarang koyakan serta tidak dijahit salah satunya adalah kerana kesan daripada pengambilan epidural.

    Ini adalah rezeki Allah. Saya tak tahu pula kebanyakan orang melahirkan anak pertama akan koyak atau kena gunting. Kemungkinan saya tidak penat, saya ambil epidural.

    Tapi kadang-kadang yang membuatkan saya rasa selalu nak naik angin adalah apabila rasa sakit itu kerap berlaku. Kemudian apabila saya diberi painkiller, saya rasa macam khayal.

    Saya ambil epidural selepas itu dan disebabkan epidural saya rasa masih boleh fikir lagi macam mana nak bernafas dengan betul ketika bersalin. Saya pun dapat tidur yang cukup.

    Dalam masa yang sama, pempengaruh berusia 23 tahun itu turut menghadari ke kelas dan mempelajari bagaimana untuk mengawal pernafasan sebelum bersalin lagi.

    Saya ada ambil kelas pernafasan. Pada awalnya saya ingatkan ia tak akan membantu sebab ramai yang kata nanti dah beranak akan lupa semua benda itu.

    Daripada contraction lagi saya dah kawal nafas itu. Kemudian tunggu doktor bagi arahan dan kita kena ikut.

    Setiap kali contraction walaupun saya rasa kebas, saya akan tetap kawal pernafasan. Dalam labour room lebih kurang 12 jam, rupanya nak tunggu bukaan itu yang lama.

    Selain itu, Nelysa turut mengamalkan petua tradisional dengan minum air kelapa untuk memudahkan proses bersalin.

    Minggu itu saya dah kerap minum air kelapa dan sehari sebelum beranak dua biji air kelapa minum.

    Terdahulu, Nelysa dan suaminya Muhammad Multazam Nasir menyambut kelahiran bayi lelaki mereka dengan berat 3.04kg.

    ALSO READ:  [VIDEO] Adira Bantu Promosi Biskut Raya, Datuk Red Cakap Ada Nampak ‘Sinar’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts