Foto: Tribunnews
Seorang wanita warga emas ditahan polis selepas disyaki membunuh jirannya dalam satu kejadian di Sulawesi Selatan, Indonesia pada Isnin.
Baling batu sampai mati
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Tribunnews, pada awalnya, suspek yang dikenali sebagai Hanisa telah datang ke rumah mangsa, Sitti untuk membayar hutang. Setibanya di sana, suspek, 80, melihat mangsa sedang membersihkan perkarangan rumah dan suspek menunggu mangsa. Namun siapa sangka, ketika mangsa mengambil lengkuas di belakang rumah, tiba-tiba suspek bertindak memukul mangsa menggunakan batu.
Menyedari mangsa sudah tidak sedarkan diri, suspek kemudian menutupi mayat mangsa menggunakan zink. Suspek seterusnya menempah khidmat teksi motosikal meninggalkan kawasan rumah tersebut.
Namun ketika dalam perjalanan, suspek ditahan polis susulan laporan yang dibuat oleh seorang saksi yang kebetulan berada di lokasi kejadian.
Hasil beza siasat mendapati terdapat kecederaan parah pada bahagian kepala mangsa.