Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNenek Meninggal Dunia, Siti Khadijah Terkilan Tak Luang Banyak Masa Dengan Arwah...

    Nenek Meninggal Dunia, Siti Khadijah Terkilan Tak Luang Banyak Masa Dengan Arwah – ‘Nanti Adik Datang Menyusul’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Siti Khadijah berkongsi berita sedih memaklumkan pemergian neneknya iaitu Azizah Mohamad pada awal pagi Khamis.

    ‘Kenapa atok tak tunggu adik?’

    Menerusi hantaran di Instagram, Siti atau Siti Khadijah Halim, 27, meluahkan rasa terkilan kerana sebelum ini tidak berkesempatan untuk meluangkan banyak masa bersama neneknya kerana sibuk bekerja.

    Adik jauh. Kenapa atok tak tunggu adik? Adik mintak maaf adik jarang luangkan masa dengan atok. Hanya kiriman makanan mengganti kehadiran. Adik mintak maaf adik sibuk baru nak amik gambar sekarang. Hanya sikit memori adik dgn atok, tapi tetap ada ya, atok?

    Siapa la nak call adik lagi sekarang, tanya drama adik pukul berapa?

    Mengimbas kembali memori bersama Allahyarhamah, Siti memaklumkan sebelum ini neneknya sering bertanyakan kepadanya soal jodoh namun kini dia pula tertanya-tanya mengenai ajal dan maut seseorang.

    Tapi siapalah saya mempersoalkan kitaran hidup? Tah bila tah tidak jangka hayat adik ya, atok? Adik gembira atok, adik ada rakamkan momen kita, walaupun rasa tak natural waktu tu. Tapi adik syukur, sekarang adik akan replay selalu video tu.

    Pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali ini akui reda dengan ketentuan Allah SWT namun dalam pada yang sama berharap agar mereka dapat dipertemukan kembali di alam abadi.

    Atok rehatlah dengan aman ok. Jumpa lah atok jantan dan nenek Kiah. Beritahu diorang satu hari nanti adik datang menyusul.

    Masa tu atok nak tanya pasal kahwin berapa kali pun boleh, tanya jelah adik, dah jumpa si dia ke belum. Mesti dah punya, yela kan atok dah amin kan? Selamat jalan ke dunia abadi cinta, Puan Hajjah Azizah binti Mohamad.

    Dalam kesempatan itu, Siti Khadijah sempat menitipkan pesan kepada orang ramai agar menghargai insan tersayang selagi mereka masih ada bersama kita.

    Ya benar rindu itu berat. Jadi, jangan sia-siakan yang ada.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Tak Perlu Menghina Sampai Macam Ini’ – Haneesya Hanee Respon Netizen Kutuk Warna Kulit Gelap Gara-Gara Watak ‘Sally’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts