Jenama terkemuka antarabangsa, Nespresso melancarkan koleksi Unforgettable Mediterranean Summer dengan minuman kopi ais yang menyegarkan, menampilkan perisa edisi terhad baharu dan aksesori yang serba anggun. Lengkap dengan Resepi menyelerakan yang berupaya menghilangkan dahaga pada hari yang panas, koleksi ini didatangkan dengan pilihan warna pembangkit semangat yang dipilih secara khusus dengan kerjasama Pantone, pakar warna global.
Sedia Hadapi Musim Panas Dengan Resepi Yang Menyegarkan
Memberikan pengalaman musim panas dalam sebuah gelas, Resepi baharu Nespresso yang kreatif menawarkan minuman kopi yang enak untuk sarapan, makan tengah hari dan minum petang kepada penggemar kopi. Resepi Golden Sunrise Delight menggabungkan madu dengan zes lemon bagi memberikan sedikit kemanisan, dan sesuai dinikmati ketika cuaca panas.
Untuk meningkatkan lagi rasa hidangan kopi sejuk tradisional anda, Resepi Seaside Cream Cold Brew menggabungkan Cold Brew Style Intense dengan sirap karamel, krim sebat, dan garam, untuk menjadikannya minuman kegemaran anda di sepanjang musim panas. Semua Resepi baharu ini boleh didapati di dalam talian di nespresso.com/recipes.
Mesin & Aksesori Dalam Rona Pantone Yang Menceriakan
Satu siri mesin kopi dan aksesori yang bertemakan musim panas menjadi pelengkap kepada koleksi baharu ini, di mana setiap satunya dihiasi dengan rona Pantone yang menaikkan semangat dan cip Pantone yang ikonik. Dengan hanya 300 mesin yang boleh didapati di Malaysia, edisi terhad Pantone Vertuo Pop diberikan warna Mandarin Orange baharu, memastikan anda dapat merasai sepenuhnya suasana musim panas dalam setiap pengalaman kopi anda.
Koleksi Unforgettable Mediterranean Summer tidak akan lengkap tanpa koleksi aksesori edisi terhad baharu seperti Nespresso x Pantone Coffee Mug, Ice Lolly Mold dan Coaster, yang sesuai untuk dinikmati bersama dengan kopi kegemaran anda. Nomad Travel Mug, Iced Coffee Nomad Tumbler dan Ice Cube Tray turut diberikan gaya yang lebih segar dengan koleksi rona Pantone.
Koleksi Nespresso Unforgettable Mediterranean Summer dilancarkan secara dalam talian dan di butik Nespresso pada 18 Jun 2024, ia boleh didapati untuk tempoh dan kuantiti yang terhad sahaja.
View this post on Instagram
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Nespresso , atau ikuti laman media sosial kami di Instagram, dan Facebook . Hubungi Talian Bantuan Pelanggan bebas tol kami di 1800 80 7001 yang beroperasi setiap hari dari 8:00 pagi hingga 10:00 malam.