Nespresso mengalu-alukan ketibaan Tahun Baru Cina dengan kempen Unforgettable Taste for New Beginnings, yang diinspirasikan oleh seni simpulan bertuah tradisional dan simbolisme Tahun Ular. Simpulan bertuah yang diketengahkan dalam imej dan reka bentuk koleksi kempen ini melambangkan kebijaksanaan, jalinan hubungan, dan pembaharuan.
Dari visual motif seni anyaman yang halus hinggalah kepada resipi kopi istimewa dan aksesori yang direka khas, koleksi ini mempamerkan semangat kemakmuran dan permulaan baru musim perayaan dengan sofistikasi signature Nespresso.
Koleksi ini memperkenalkan Vertuo Ginseng Delight edisi terhad baharu, kopi halus lagi menyegarkan yang dicipta untuk membangkitkan deria dan merangsang tenaga. Adunan espresso berganda ini diperkaya dengan kemanisan karamel yang lembut dan kehalusan ekstrak ginseng yang kompleks, memberikan rasa yang menyegarkan dan versatil.
Sesuai dinikmati untuk detik yang penuh ketenangan atau kegembiraan ketika berkumpul dengan sanak saudara, kopi istimewa ini mencerminkan semangat Tahun Baru Cina dengan rasa dan simbolismenya yang seimbang.
Nikmati Ginseng Delight dalam Vertuo Discovery Assortment (RM260.50), pilihan 6-sleeve yang menampilkan kopi Altissio, Colombia, Melozio, Peanut & Roasted Sesame Flavour dan Almond Croissant Flavour, yang menawarkan pelbagai perisa bagi memenuhi setiap cita rasa. Untuk mereka yang menggunakan mesin Original,
mereka boleh mendapatkan Original Discovery Assortment (RM239), 8-sleeve yang menampilkan kopi Arpeggio, Napoli, Volluto, Shanghai Lungo, Istanbul Espresso, Venezia, dan adunan musim perayaan seperti Peanut & Roasted Sesame Flavour dan Almond Croissant Flavour. Pek yang dicipta khusus ini menjanjikan pengalaman kopi yang pelbagai dan penuh nikmat, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan dijadikan sebagai hadiah Tahun Baru Cina
Raikan Tahun Baru Cina dengan Resipi Menawan
Kempen Unforgettable Taste for New Beginnings membawakan adunan kopi yang dicipta khusus dengan resipi eksklusif yang menggabungkan cita rasa moden dan simbolisme tradisional.
Spring Garden, dengan asas macchiato karamelnya, menampilkan keanggunan aroma dan rasa Ginseng Delight. Digabungkan dengan susu, kelopak ros, dan kranberi kering, resipi ini mencerminkan tema pembaharuan dan kemakmuran yang menjadi teras kepada perayaan Tahun Baru Cina.
Double Vigour menggabungkan aroma sitrus oren dan epal dengan sifat Stormio Go Vertuo yang halus lagi menyenangkan. Diperkaya dengan kemanisan madu longan, resipi bertenaga ini melambangkan ketenangan, kejayaan, dan kemanisan tahun-tahun mendatang.
Dalam Bahasa Mandarin, perkataan epal, , adalah homofon untuk , yang bermaksud aman dan selamat, manakala , perkataan oren, mirip dengan , melambangkan kejayaan. Setiap resipi boleh disediakan dengan mudah di rumah dan boleh didapati di nespresso.com/lunar-new-year.
Koleksi Unforgettable Taste for New Beginnings Nespresso dilancarkan di dalam talian dan di butik Nespresso bermula dari 8 Jan 2025 dan boleh didapati untuk tempoh yang terhad.
View this post on Instagram
Untuk mendapatkan maklumat, sila layari atau ikuti laman media sosial kami di Instagram @nespresso, dan Facebook @Nespresso.my. Talian Perkhidmatan Pelanggan bebas tol kami di 1800 80 7001 turut beroperasi setiap hari dari 8:00 pagi hingga 10:00 malam.