Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNetizen Bengang Rupanya Anna Jobling Merupakan BFF Kepada Kekasih Gelap Aliff Aziz,...

    Netizen Bengang Rupanya Anna Jobling Merupakan BFF Kepada Kekasih Gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hanya kerana dilihat akrab dalam satu foto, nama pelakon Anna Jobling turut terheret dalam kontroversi penyanyi Aliff Aziz dan kekasih gelapnya, Sarah Yasmine apabila didakwa bersahabat baik dengan wanita terbabit.

    Segalanya bermula apabila satu hantaran yang dimuat naik oleh Sarah pada Disember tahun lalu mendapat perhatian semula. Hantaran itu mengucapkan penghargaan kepada Anna atas kesediaannya menjadi teman rapatnya.

    Tetapi, apa yang menjadi tumpuan adalah komen Anna sendiri yang menandakan keakrabannya dengan Sarah.

    Bagaimanapun, rata-rata reaksi netizen tidak menyokong persahabatan Anna dengan Sarah. Waraganet menyuarakan kekecewaan dan ketidakpuasan hati terhadap Anna, dengan beberapa menganggapnya tidak patut menjadi kawan dengan Sarah.

    Namun, selepas berterusan dikritik, hantaran itu telah dipadamkan oleh Sarah, meninggalkan banyak pertanyaan tanpa jawapan.

    Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungan mereka selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen selepas ditangkap berkhalwat dengan pelakon Ruhainies.

    Menerusi hantaran dalam Instagram, Sarah turut berkongsi foto mesra bersama Aliff selain mendakwa  Ruhainies telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella Astillah.

    Kemelut rumah tangga Bella dan Aliff sampai ke kemuncaknya selepas lelaki itu ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkhalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu.

    Bella kemudian memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

    Bagaimanapun, pelakon asal Singapura itu enggan melafazkan talak pada sebutan kes cerai dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 April lalu.

    Mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP)

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts