Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang wanita yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) pendengaran dan bisu didakwa terlibat dalam aktiviti menjual kandungan lucah.
Netizen minta polis siasat
Menerusi hantaran di platform X, wanita berusia 24 tahun yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu didakwa menjual kandungan jelik dirinya di Telegram.
Pelanggan dipercayai dikenakan bayaran serendah RM50 sebelum diberikan akses untuk menonton konten eksklusifnya dalam bentuk video dan foto.
Difahamkan juga, wanita tersebut menggunakan kekurangan dirinya itu dengan membuat siaran Live TikTok semata-mata untuk meraih simpati orang ramai.
Susulan daripada pembongkaran tersebut, orang ramai mula mengecam dan mengkritik tindakan tidak bermoral wanita terbabit.
Mereka juga berharap agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengenakan hukuman setimpal terhadap individu yang terlibat dalam aktiviti persundalan ini.