Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNetizen Dah Rimas Dengan Ibu Aliff Aziz, Minta Berhenti Main Media Sosial...

    Netizen Dah Rimas Dengan Ibu Aliff Aziz, Minta Berhenti Main Media Sosial – ‘Fokus Pada Keluarga, Stop Perli Memerli’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Siti HafizaSiti Hafiza

    Seorang individu meminta ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza supaya berhenti bermain media sosial dan memberikan fokus kepada keluarga.

    ‘Fokus keluarga’

    Siti HafizaSiti Hafiza

    Kata individu berkenaan, tindakan Siti Hafiza yang sering memuat naik perkongsian di laman sosial telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak selain dijadikan bahan artikel media tempatan.

    Makcik, boleh tak anda berhenti berkata-kata. Cuba senyap dan fokus kepada keluarga anda. Berhenti perli-memerli, berhenti ambil tahu tentang sosial media.

    Bising dan rimas tahu tak asyik muka makcik saja yang terpampang kat artikel FB semua. Boleh tak senyap sekejap.

    Perkara itu didedahkan oleh Siti Hafiza menerusi hantaran di Instagram Story berserta tangkapan skrin layar memaparkan mesej yang diterima daripada individu terbabit.

    Tenang menjawab kritikan, Siti Hafiza sebaliknya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan terhadap keluarganya.

    Masya-Allah comel betullah hamba Allah ni. Masya-Allah terima kasih sangat sebab prihatin pada kami ya. Allahu jangan marah-marah kita hidup ni sekejap saja lebih baik berkasih sayang ya nak.

    Meh kalau kurang kasih sayang, kami sayangkan ok. Jaga diri, semoga sentiasa dalam rahmah dan baraqah Allah aamin.

    Terdahulu, Siti Hafiza pernah menyahaktif akaun Instagram miliknya ketika nama Aliff sedang hangat menjadi bualan susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhainies.

    Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Siti Hafiza dilihat aktif semula dan meneruskan rutinnya yang gemar berkongsi kata-kata islamik.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts