Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNetizen Dakwa Ayah Ashraf Sinclair Sedih Kerana BCL Cepat “Move On”, Komen...

    Netizen Dakwa Ayah Ashraf Sinclair Sedih Kerana BCL Cepat “Move On”, Komen Balas Raih Pujian Netizen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dan ahli perniagaan, Tiko Aryawardhana sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup di resort mewah Amankila Resort, Bali pada petang Sabtu.

    Dihadiri Rakan Selebriti

    via Viva Co Id
    Menerusi video dan gambar dari majlis pernikahan yang dimuat naik di akaun media sosial, dapat dilihat beberapa selebriti Indonesia turut hadir, antaranya Luna Maya dan Maia Estianty.

    Pada saat istimewa ini, ibu bapa Ashraf Sinclair juga turut hadir. Dalam rakaman video yang tersebar luas di media sosial, BCL dan Tiko Aryawardhana dilihat menghampiri kerusi ibu bapa Ashraf Sinclair dan berpelukan sesama mereka.

    BCL bagaikan tidak dapat menahan sebak apabila memeluk ibu Ashraf Sinclair dan Tiko Aryawardhana turut memeluk erat ayah Ashraf Sinclair.

    Ayah Ashraf Sinclair Jawab Dakwaan Netizen

    via Instagram marmalademagician

    Di Instagram, bapa kepada Ashraf Sinclair, Mohamed Anthony John Sinclair atau yang juga dikenali sebagai Pak Mat turut mengulas mengenai perkahwinan BCL.

    Perkara ini didedahkan oleh Pak Mat dalam muat naik terbaru di akaun Instagram peribadinya @marmalademagician.

    Diruangan komen, kelihatan seorang netizen meninggalkan komen bertanyakan perasaannya berhubung berita perkahwinan BCL.

    Sangat sedih. Bagaimana perasaan anda tentang BCL move on dengan begitu cepat. Mesti menyayat hati

    Pak Mat membalas komen netizen dengan mengatakan tidak, malah dia sekeluarga gembira dengan berita perkahwinan BCL, dan sudah hampir 4 tahun Ashraf Sinclair pergi buat selama-lamanya.

    Komen tersebut mendapat pujian dari netizen. Ramai yang bersetuju dan menyatakan bahawa Pak Mat seorang bapa mertua yang sangat baik. Malah ada juga yang menyatakan bahawa BCL berhak untuk mencari kebahagiannya.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts