Baru-baru ini, pelakon berkongsi bahawa dia bakal menimang bayi perempuan tidak lama lagi.
Respons Intan
View this post on Instagram
Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid mendedahkan perkara tersebut menerusi sebuah video yang memaparkan dia dan suami Datuk Ahmad Azraf Azman sedang memotong kek menggunakan gelas.
Dalam pada itu, di ruang komen hantaran tersebut seorang warganet meluahkan pendapatnya iaitu jantina bayi boleh berubah walaupun sudah boleh dijangkakan dari awal.
Tidak berdiam diri, Intan kemudian menjelaskan bahawa dia sudah melalukan ujian dan imbasan kandungan.
Saya sekadar ingin berkongsi bahawa saya sudah melakukan ujian ‘Non-invasive prenatal testing’ (NIPT) dan ujian darah untuk mengetahui jantina bayi.
Ini bukan seperti imbasan biasa dan doktor beritahu ujian NIPT ini keputusannya 99% tepat.
Jadi jangan ‘rosakkan’ kegembiraan itu, okay? Sama ada awak semua percaya atau tidak, saya rasa lebih baik kalau kita tidak bercakap mengenainya.
‘Gender reveal’ ini dibuat untuk keseronokan, dan ini hanyalah untuk sebuah video kenang-kenangan.
Bagaimanapun, bagi aktres berusia 27 tahun itu dia reda dengan apa sahaja jantina anaknya kerana yang penting adalah kesihatan bayi.
Sejujurnya saya tak kisah kalau kami dikurniakan anak lelaki atau perempuan, asalkan bayi kami sihat dan gembira.
Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram, Intan memuat naik foto bersama suami dan jelas kelihatan baby bump di bahagian perutnya, sekaligus mereka memaklumkan tentang kehamilan tersebut.
Sekadar info, Intan dan Azraf selamat mendirikan rumah pada 18 Ogos tahun lalu di sebuah resort mewah yang terletak di Johor.