Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNetizen Dakwa Terlalu Awal Kongsi Berita Kehamilan, Intan Najuwa Beri Respon –...

    Netizen Dakwa Terlalu Awal Kongsi Berita Kehamilan, Intan Najuwa Beri Respon – ‘Saya Dah Masuk Second Trimester’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa tampil memberikan respon terhadap dakwaan seorang individu yang mengatakan dirinya terlalu awal berkongsi mengenai berita kehamilannya kepada orang ramai.

    ‘Kalau masih awal, jangan kongsi dulu’

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid ini memuat naik hantaran Direct Message (DM) yang dihantar seorang individu kepadanya.

    Menurut individu tersebut, Intan sepatutnya tidak terbuka berkongsi mengenai kehamilan kerana khuatir perkara yang tidak diingini berlaku di masa akan datang.

    Assalammualaikum, hai Intan, not to be toxic tapi saya hanya ambil berat mengenai kehamilan awak.

    Kalau masih dalam dua hingga tiga bulan, sebaiknya jangan ‘expose’ dulu. Kehamilan ini adalah satu perkara yang awak tak boleh kongsikan sewaktu bayi masih berusia beberapa minggu atau bulan.

    Saya faham excited sebab anak pertamakan tetapi ada beberapa kawan saya bila kongsikan terlalu awal, mereka kemudiannya mengalami keguguran.

    Tambah individu tersebut, pendapatnya itu dikeluarkan berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui orang sekelilingnya.

    Ni dari pengalaman kawan-kawan saya yang dah kawin.

    Sebab itu ramai orang sembunyikan kehamilan mereka daripada orang awam dan hanya keluarga sahaja yang tahu untuk keselamatan baby.

    ‘Saya dah masuk second trimester’

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)

    Tidak berdiam diri, Intan tampil menjelaskan bahawa usia kandungannya sudah pun memasuki trimester kedua.

    Dan of course, saya tahu bila waktu yang sesuai untuk umumkan. Saya dan suami pun ada ibu bapa, keluarga yang lebih tahu dan mereka pun sudah tentu bagi nasihat apa yang patut dan apa yang tak patut.

    Jadi semua benda yang kami buat, sudah tentu kami dah plan siap-siap dan tahu buruk dan baiknya.

    Kita pun dah ‘consult’ dengan doktor dan bila doktor kata ini adalah masa yang sesuai jadi barulah saya ‘announce’. Saya dah masuk 2nd trimester dah pun, alhamdullilah.

    Di akhir hantaran, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Kekasih Paksa Rela’ ini memohon orang ramai untuk tidak mendoakan perkara yang negatif sebaliknya mendoakan yang terbaik mengenai kehamilannya.

    ALSO READ:  Tak Sabarnya Nak Raya! Tapi Kalau Beraya Dengan ‘Vochelle’ Paling Bergaya Tau, Ini Sebabnya…

    Terdahulu, Intan akhirnya mendedahkan dia kini sedang hamil anak pertama menerusi hantaran di IG.

    Menerusi hantaran tersebut, Intan memuat naik foto suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman yang jelas menunjukkan baby bump pada perutnya.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts