Seorang individu mencuri perhatian apabila berseloroh bertanyakan mengenai hukum solat jumaat kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi ciapan di aplikasi X.
Wajib ke solat jumaat ketika hujan renyai?
Salam @drzul_albakri hujan renyai cemni masih wajib semayang jumahat kan? Kawan tanya. pic.twitter.com/3fvQM6wYrc
— TheKotaTinggiKid (@IniFarisImran) August 9, 2024
Menerusi ciapan yang dibuat, individu yang dikenali sebagai @IniFarisImran ini memuat naik video keadaan kawasan sekitarnya yang sudah mula hujan.
Dia kemudiannya berseloroh bertanyakan hukum menunaikan solat jumaat ketika hujan sudah mula turun.
Assalamualaikum Dr. Zulkifli, hujan renyai macam ini masih wajib Solat Jumaat kan? Kawan yang tanya.
‘Nak kena rotan ni’
Nak kena rotan ni.
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) August 15, 2024
Apa yang mencuri perhatian ialah, ciapan yang dibuat individu tersebut mendapat perhatian Dr. Zulkifli yang turut memberikan jawapan dalam nada berseloroh.
Nak kena rotan ni.
Dalam pada itu, Dr. Zulkifli kemudiannya memberikan jawapan kepada pertanyaan lelaki tersebut.
Menurut Dr. Zulfikli, adalah haram hukumnya jika lelaki itu meninggalkan solat Jumaat dalam keadaan sengaja tanpa sebab keuzuran.
Hukum meninggalkan solat Jumaat tanpa keuzuran adalah haram dan berdosa.
Ada perbincangan klasik berkenaan kelonggaran untuk tidak menunaikan solat Jumaat jika hujan terlalu lebat.
Namun, hari ini terlalu banyak kemudahan untuk kita menunaikan solat Jumaat walau apa jua keadaan.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya mahu menjadi batu api dengan meminta Dr. Zulkifli merotan individu berkenaan.