Baru-baru ini pengacara dan pempengaruh media sosial, Ubai Mz meluahkan rasa teruja melihat isterinya, penyanyi Shila Amzah yang mendapat sambutan yang hebat ketika memberikan persembahan sempena Tahun Baru Cina di Macau, China.
Teruja Melihat Isteri ‘Perform’ Di Macau
Ubai menerusi hantaran di laman X, menyatakan bahawa dia yang kali mengikuti isterinya ‘perform’ di luar negara itu turut mendapat layanan eksklusif serta sambutan yang sangat hebat ketika berada di sana.
“Harini aku baru tahu, isteri aku ni big superstar. First time ikut wife perform dekat luar negara. Bodyguard ramai dan audience full house mat. Harini konsert di Macau, bulan 3 di China.”-kongsi Ubai di X
Harini baru aku tahu, wife aku ni Big Superstarrrrr 🥹
First time ikut wife perform dekat luar negara. Bodyguard ramai and audience full house mat.
Harini concert di Macao, bulan 3 di China. pic.twitter.com/DMGOXsWHFa
— UbaiMz (@UbaiMz) February 17, 2024
Ada Yang Tidak Kenal Shila Di China?
Di sebalik ramai yang meluahkan rasa rindu serta sedia maklum dengan populariti Shila di negara republik itu, ada yang turut mempersoalkan terdapat rakyat China yang tidak mengenali siapakah gerangan Shila Amzah.
“Tapi kan, aku tanya pensyarah Mandarin from mainland. Tiada siapa kenal Shila. Ke market China luas like certain artis famous kat certain tempat? Curious.”-soal netizen
Ubai Beri Penjelasan
Ubai kemudian membalas komen netizen berkenaan dengan menjelaskan bahawa berdasarkan negara China mempunyai ribuan stesen televisyen berdasarkan populasi penduduk China yang mencecah lebih dari 1 bilion penduduk di sana.
“Baru tanya wife, dia cakap di China, stesen tv ada lebih 3 ribu. Kat Malaysia kita ada RTM, Astro, Media Prima, dan beberapa yang lain.
Entah ler berapa siaran pulak. Penduduk 1.4 bilion, gila betui.”-Balas Ubai
Dengan populasi penduduk yang seramai itu, tidak menghairankan jika terdapat segelintir individu yang tidak mengenali siapakah penyanyi hebat ini. Apa komen anda?