Sebelum ini kisah mengenai pempengaruh Cik Epal dan Jofliam kecoh di media sosial.
Cik Epal Mengesahkan Sudah Bercerai
Atas kejadian tersebut, Cik Epal sekaligus mengesahkan bahawa dia sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.
Cik Epal kemudian menegaskan bahawa bekas suaminya, Jofliam tidak pernah berlaku curang sepanjang 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga seperti yang didakwa ramai.
Meskipun sudah bercerai, Cik Epal mengakui bahawa dia tidak serik untuk berkahwin lagi meskipun pernah melalui kegagalan dalam rumah rumah tangga baru-baru ini.
Menerusi sesi soal jawab di Instagram Stories, Cik Epal memberitahu dia tidak menolak sekiranya bertemu jodoh kembali namun buat masa ini, dia mahu memberi sepenuh fokus terhadap dirinya dahulu.
Netizen Keluarkan #FACE Tanda Sokongan
Cik Epal turut mendedahkan ada beberapa lelaki cuba berkenalan dengannya malah ada di antara para isteri yang mahu menjadikannya sebagai madu mereka.
Apabila ditanya sama ada dia mahu mencari pasangan berstatus duda atau bujang, Cik Epal tidak meletakkan sebarang syarat tetapi mahu lelaki yang matang dan menghargai dirinya.
Tetapi apa yang menjadi perhatian apabila ramai netizen yang mula kaitkan jodoh Cik Epal dengan Fattah Amin.
Menerusi sesi soal jawab, netizen mula menerbitkan tanda pagar #FACE yang menjadi gabungan antara Fattah Amin dan Cik Epal.
Malah Cik Epal juga menyatakan bahawa mungkin selama ini mereka berdua hanya menjaga jodoh orang lain.