Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNetizen Kongsi Luahan Mak Jah – ‘Dia Akui Tak Sempat Nak Solat...

    Netizen Kongsi Luahan Mak Jah – ‘Dia Akui Tak Sempat Nak Solat Masa Berlakon, Sekarang Proses Bayar Hutang Dengan Allah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    mak jahmak jah

    Pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah mendedahkan tentang situasi yang berlaku semasa di set penggambaran.

    Utamakan ibadah

    mak jahmak jah

    Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook (FB) iaitu Yusuf Assiddiq As telah berkongsi tentang kisah Mak Jah.

    Difahamkan pelakon veteran tersebut bercerita tentang ibadah solat ketika terlibat dalam penggambaran.

    Bagusnya Mak Jah ni. Dia kongsi pengalaman masa berlakon dulu. Tak ada masa nak solat. Kalau pengarah bagi ruang untuk solat tu kira ok la.

    Biasanya dia akan solat dulu baru makan. Nak make up apa semua tu pun dah makan masa. Barang-barang make up tu mahal.

    Dia akui dia tak sempat nak solat dulu-dulu. Sampai dia kata, ‘Ya Allah, nanti aku qada balik solat ni, aku nak cari rezeki’.

    Mak Jah mendedahkan tentang perkara tersebut dalam satu rancangan yang bersiaran di TV Al-Hijrah baru-baru ini.

    Menurut individu tersebut, Mak Jah kini lebih memfokuskan kehidupannya kepada ibadah terutama solat.

    Sekarang dia dalam proses nak ‘bayar’ hutang dia dengan Allah. Kalau Ramadan je dia takkan join shooting. Dia akan tumpu ibadah.

    Umur dah 75 tapi mash lagi kena qada solat yang dia rasakan tu kewajipan dia.

    Dalam pada itu, salah seorang panel rancangan tersebut kemudian menghuraikan tentang masalah yang dihadapi Mak Jah dan menegaskan agar para pelakon diberi ruang untuk mengerjakan solat.

    Semua panel terkedu mendengar. Ustaz Harryanto ulas, pihak producer perlu melihat luahan Mak Jah ni sebagai satu cadangan yang baik. Utamakan solat.

    Ada artis yang tak ambil tahu pun pasal ni. Tak semua yang jadi macam Mak Jah ni. Moga Allah permudahkan Mak Jah dan terima amalan dan ampunkan dosa-dosa lalu.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar urusan ibadah Mak Jah dipermudahkan dan diterima oleh Allah SWT.

    ALSO READ:  Dikecam Tanpa Belas Ihsan, Keluarga ‘Abang Bas’ Nak Saman Selebriti & Warganet

    Sementara itu, warganet turut berkongsi tentang situasi sama yang dihadapi mereka meskipun bekerja di bidang yang berbeza.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts