Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNetizen Mahu Boikot Festival Raya Ifa Raziah Gara-Gara Ruhainies?-“Berani Lagi Guna Muka...

    Netizen Mahu Boikot Festival Raya Ifa Raziah Gara-Gara Ruhainies?-“Berani Lagi Guna Muka Ni…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nama pelakon, Ruhainies masih menjadi bualan ramai ditangkap berkhalwat bersama aktor, Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah pada Sabtu lalu.

    Ruhainies Bakal Memeriahkan Acara Festival Raya Starvendors

    Terkini, menerusi hantaran pelakon Ifa Raziah, menyatakan bahawa Ruhainies merupakan salah seorang selebriti yang akan memeriahkan acara festival raya anjurannya di Kuala Lumpur bermula akhir Mac ini.

    “Alhamdulillah si cantik manis Ruhainies juga ada di Starvendors nanti!”-kongsi Ifa Raziah di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

    “Kami Boikot Yang Melibatkan Beliau..”

    Walaubagaimanapun, lain pula reaksi netizen yang berang dengan pihak terlibat yang masih menampilkan pelakon berkenaan sebagai tujuan pemasaran, malah ramai yang mahu memboikot acara festival raya milik Ifa Raziah.

    “Sorry lah, kita boikot terus orang yang normalize kan benda tak sepatutnya. Starbuck pun rakyat Malaysia mampu boikot apatah lagi Ruhainies yang suam-suam payau ni.”

    “Boikot STARVENDORS. Berani lagi guna muka ni untuk marketing. Wahai netizen jalankan tugas anda.”

    “Kami boikot yang melibatkan beliau.”

    “Nak tanya macam mana ekk. Dia boleh selamba menjalani kehidupan tanpa rasa bersalah, tanpa rasa malu. Tanpa rasa simpati kat kawan sendiri.”

    “Boikot minah ni. Bukan nak sekat rezeki dia, bagi pengajaran.”

    “Kami tolak maksiat. Maaf boikot.”

    Ruhainies sebelum ini menyatakan kepada pihak media tempatan bahawa dia bakal memberikan kenyataan rasmi kelak berhubung kontroversi dirinya ditangkap berkhalwat bersama Aliff Aziz.

    Tambah Ruhainies, dia dan Aliff hanya sebagai rakan dan sudah mengenali antara satu sama lain sejak lebih 10 tahun yang lalu.

    Apa komen anda?


    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts