Sejak beberapa hari lalu, kecoh di applikasi X selepas tular sepotong video didakwa seorang penyanyi baharu melakukan hubungan songsang.
‘Itu bukan saya’
Susulan itu, rata-rata netizen mendakwa individu dalam video berkenaan adalah penyanyi, Ajoi Zainal.
Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Ajoi atau nama sebenarnya Muhammad Qaidzul Zainal Abidin, 26, memuat satu hantaran dipercayai menjawab kepada dakwaan terbabit.
Menerusi hantaran berkenaan, dia menafikan dirinya dalam video tersebut seperti mana yang didakwa segelintir pihak.
Salam, itu bukan saya. Itu sahaja kenyataan saya.
Dalam hantaran sama, bekas peserta program Big Stage 2022 itu turut mengucapkan selamat berpuasa kepada pengikutnya.
Selamat bersahur dan berpuasa.
Sementara itu, usaha untuk mendapatkan kenyataan Ajoi tidak berjaya apabila dia tidak membalas kiriman mesej ringkas yang dihantar.
Terdahulu, tular video berdurasi 2 minit 19 saat yang memaparkan aksi tidak senonoh dua individu lelaki.
Pemilik akaun tersebut juga memberikan bayangan bahawa salah seorang individu dalam video terbabit merupakan seorang penyanyi baharu atau BBNU.
Malah, lebih menguatkan dakwaan apabila gambar Ajoi digunakan sebagai ‘thumbnail’ sebelum video itu dimainkan.
Rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas video berkenaan telah mendakwa dan memetik nama Ajoi.