Umum mengetahui pelakon jelita iaitu Eyka Farhana pergi mengerjakan ibadah umrah bersama adik perempuannya, Dyba dan aktres, Bella Astillah.
Netizen minta fokus ibadah
View this post on Instagram
Menerusi Instagram (IG), pemilik nama Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi dilihat sering berkongsi foto-foto sepanjang keberadaannya di sana.
Walau bagaimanapun, tindakan pelakon filem ‘Polis Evo’ itu tidak dipersetujui oleh seorang individu yang tampil memberikan pandangan serta menasihati menerusi aplikasi Threads.
Menurut individu tersebut, Eyka sepatutnya memberikan sepenuh fokus terhadap ibadah dan ‘melupakan’ sejenak media sosial.
‘Hanya mahu kongsi keindahan di Makkah’
Tidak berdiam diri, pelakon berusia 29 tahun itu tampil memberikan respons terhadap komen yang diberikan individu tersebut.
Menurut Eyka, dia tidaklah bermain telefon bimbit sepanjang masa seperti mana yang didakwa individu berkenaan.
Sebaliknya, tujuan utama dirinya adalah untuk berkongsi keindahan tempat-tempat di sana.