Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNetizen Nasihat Jangan Mencemuh Datuk Red Yang Telah Mengungkapkan Keadaan Bankrapnya –...

    Netizen Nasihat Jangan Mencemuh Datuk Red Yang Telah Mengungkapkan Keadaan Bankrapnya – ‘Dia Telah Mengalami Burnout Sepenuhnya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seperti yang diketahui ramai, rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dan suaminya Datuk Seri Adnan Abu seakan telur di hujung tanduk apabila penyanyi tersebut memfailkan penceraian terhadap suaminya itu.

    Bukan itu sahaja, Adnan yang turut dikenali sebagai Datuk Red juga bakal kehilangan isteri pertamanya iaitu Datin Syarifah Nor Shafila yang turut memfailkan penceraian terhadapnya.

    Datuk Red sudah bankrap

    Datuk RedDatuk Red

    Terbaharu Datuk Red mendedahkan bahawa dirinya sudah pun diisytiharkan sebagai muflis dan bankrap selepas syarikat hartanah dan perumahan yang diusahakannya sudah tidak lagi beroperasi sejak 2019.

    Menerusi temu bual bersama Mstar itu, Datuk Red juga memaklumkan dia terpaksa menanggung hutang sebanyak RM5 juta.

    Tambah usahawan berusia 46 tahun itu lagi, dia juga terpaksa menumpang belas ihsan isterinya untuk perbelanjaan diri serta anak-anak.

    Netizen minta jangan ‘judge’

    Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian dan pelbagai respon daripada netizen.

    Menerusi ciapan yang dimuat naik @apanakdikato di aplikasi X, individu tersebut menitipkan pesan buat wargamaya yang lain supaya tidak mentertawakan pendedahan yang dibuat Datuk Red.

    Menurutnya, Datuk Red sudah terlampau penat dengan ujian yang perlu dilaluinya sehinggakan sudah tidak malu untuk berkongsi perkara tersebut kepada umum.

    Dia dah ‘burnt out’ habis dah ini sampai sanggup cerita semua aib dia pada ‘public’.

    Tolong lah jangan ketawakan atau ‘judge’ dia, aku tumpang simpati juga.

    Sekadar info, Laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) membabitkan Datuk Red dan Adira dilihat gagal mencapai kata sepakat untuk berdamai berhubung proses perceraian mereka.Pada prosiding tersebut, Datuk Red tidak mahu menceraikan Adira manakala penyanyi tersebut tegas dengan pendiriannya untuk berpisah.

    ALSO READ:  ‘Doktor Cakap Sel Kanser Dah Merebak Ke Dada, Paru-Paru & Bawah Ketiak’ – Kiah Propa Kongsi Keadaan Suami

    Mahkamah kemudiannya menetapkan kes dibawa ke peringkat Hakam pada 24 April 2024.

    Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts