Netizen memuji imej terkini pelakon Bella Dowanna yang dilihat sudah semakin kurus berbanding sebelum ini.
Semakin kurus
Pujian itu dapat dilihat menerusi komen yang ditinggalkan wargamaya di hantaran terbaharu dimuat naik Bella di TikTok miliknya.
Menerusi perkongsian itu, pemilik nama Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, 21, memuat naik sepotong video pendek memaparkan dia sedang ‘ber-ootd’ mengenakan sepasang jacket dan skirt berona coklat.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen berkata Bella kelihatan semakin kurus dan cantik.
Malah, aktres itu sempat membalas komen seorang individu yang bertanyakan adakah badannya susut disebabkan putus cinta.
Tak broken pun, memang cengkung (kurus).
Terdahulu, Bella mendedahkan pernah menjadi mangsa ‘body-shaming’ disebabkan tubuh badannya yang sedikit besar.
Bella bagaiamanapun tidak mengambil hati mengenai komen tersebut kerana baginya lebih utama adalah kesihatan yang baik.