Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari menerima pujian daripada netizen kerana sentiasa menyokong kerjaya seni isterinya.
Jenuh menangus berbakul
Terbaru, di Instagram, Dr Izzar berseloroh dan bertanya kepada pemilik jenama tisu sama ada mahu mengambil isterinya sebagai duta ataupun tidak berikutan watak yang dilakonkan oleh Umi dalam drama ‘Andai Tiada Dia’ banyak mengalirkan air mata.
Bila jenama tisu nak ambil Ummi aka Suri jadi duta ni? Jenuh dia menangis berbakul. Pitching saya sebelum ni tak jadi nampaknya. Kena cuba approach lain. Lantiklah Ummi Nazeera sebagai duta tisu anda untuk 2025.
Bayangkan kuantiti tangisan yang akan dihasilkan oleh rakyat Malaysia sepanjang drama tersebut bersiar. Baik dari perempuan mahupun lelaki. Mesti mereka memerlukan tisu yang banyak untuk mengelap tangisan dan hingus meleleh itu. Tahun depan ada drama dan filem kiv lagi nak keluar guys.
Menerusi posting tersebut, Ummi dilihat sempat bergurau dengan suaminya di ruangan komen. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini bertanya sama ada dia seorang isteri yang baik ataupun tidak seperti watak Suri dalam drama tersebut.
Menjawab pertanyaan tersebut, Dr Izzar hanya menulis ‘hmm’.
Love this vibe
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Dr Izzar kerana sentiasa menyokong kerjaya seni isterinya. Tambah netizen, Dr Izzar seorang yang kelakar.