Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNetizen Sayu Puteri Balqis Dedikasikan Puisi ” Broken Child” Buat Anak Tunggal...

    Netizen Sayu Puteri Balqis Dedikasikan Puisi ” Broken Child” Buat Anak Tunggal Fazura Dan Fattah Amin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon muda berbakat, Puteri Balqis Azizi, 17, baru-baru ini membuat perkongsian menyentuh hati di Instagram, khusus ditujukan kepada Nur Fatima Aisya, anak kepada selebriti terkenal, Nur Fazura dan Fattah Amin.

    Dalam puisi yang dikongsikannya, Balqis menzahirkan harapan dan dorongan buat Fatima, yang kini sedang menghadapi situasi sukar berikutan perceraian kedua ibu bapanya.

    Balqis, yang membesar dalam keluarga yang berpecah-belah, merasakan empati mendalam terhadap nasib Fatima.

    “Tinggi pengorbanan ayah dan ibumu. Biar ayahmu terpaksa menghilang seketika, namun rindu, tanggungjawabnya pada seorang anak tidak sekali diabaikan walau keadaan memaksa,” tulisnya, menunjukkan betapa kasih sayang kedua orang tua kepada Fatima tidak akan pudar walaupun mereka sudah tidak bersama.

    Dalam puisi tersebut, Balqis mengingatkan Fatima bahawa masyarakat sering kali memberikan pandangan tanpa memahami realiti yang sebenarnya.

    “Masyarakat dan artis cuma memekik, memerli sini sana ketika masih bernyawa. Mengambil tahu untuk beberapa hari cuma,” tambahnya, mengajak Fatima untuk tidak mempedulikan kritikan yang datang.

    Menyinggung pengalaman peribadinya, Balqis meluahkan rasa kesal kerana tidak mampu mempertahankan ibunya ketika menerima hinaan masyarakat.

    “Tidak pernah sekalipun dibukanya derita sebenar selama lebih 10 tahun. Maka ini aku tidak peduli lagi kata-kata mereka. Kasih kepada ibuku makin kuat,” ujarnya, menunjukkan betapa pentingnya sokongan keluarga dalam menghadapi cabaran hidup.

    Balqis menekankan bahawa, meskipun Fatima berdepan situasi yang serupa, dia sebenarnya mempunyai nasib yang lebih baik kerana mempunyai dua orang tua yang mencintainya.

    “Maka bergembiralah wahai anak kecil. Jangan kau sedih dengan pandangan manusia lain. Kau berhak bahagia,” pesan Balqis dengan penuh harapan.

    Akhir sekali, Balqis merakamkan ucapan terima kasih kepada Fazura dan Fattah atas usaha mereka membesarkan Fatima dengan baik.

    ALSO READ:  Kolaborasi Terkini Skechers x Vexx Penuh Dengan Warna Warni Seni ‘Doodle’
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts