Semalam, pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story mengenai sikap segelintir pihak yang didakwa suka menjadikan dirinya sebagai bahan jenaka.
Terbaru, menerusi pemerhatian pihak , rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen Jihan Muse. Ini kerana, individu yang didakwa suka melakukan jenaka terhadap orang lain ialah Jihan.
Bosan pengacara yang suka perli
Menjengah di ruangan komen sebuah posting, netizen meluahkan rasa marah dan kecewa apabila melihat sikap Jihan yang didakwa tidak profesional ketika bekerja bersama Haziq Hussni tatkala mengendalikan sebuah program hiburan, baru-baru ini.
Menurut netizen, lawak memerli orang lain dan menjadikan orang lain sebagai bahan lawak sudah ketinggalan zaman.
Sebagai pengacara yang dikenali ramai, Jihan diminta untuk menghormati pengacara lain dan berlawan secara sihat sekiranya menganggap mana-mana individu tersebut sebagai pesaing.
Terdahulu, Jihan didakwa berkata kepada Haziq ‘ada seorang sahaja pengacara versi perempuan’ yang akan menari dan membuat gaya sepertinya di atas pentas.
Meskipun tidak menyebut nama, netizen mendakwa sememangnya ayat Jihan itu ditujukan kepada pelantun suara ‘Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan’ itu.