Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNetizen Suruh Shuib Bincang Topik Tak Bayar Perkeso Dalam Podcast, Tuan Badan...

    Netizen Suruh Shuib Bincang Topik Tak Bayar Perkeso Dalam Podcast, Tuan Badan Respons ‘Idea Yang Menarik & Boleh Dipertimbangkan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Umum mengetahui, syarikat perniagaan milik pelawak, Shuib dikenakan tindakan denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam berikutan tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.

    Terbaru, soarang individu menyuruh Shuib melakukan podcast mengenai topik ‘tidak membayar Perkeso’.

    Bincang tak bayar Perkeso

    Menerusi pemerhatian pihak , individu tersebut meninggalkan komen sedemikian di sebuah posting Instagram yang dimuat naik oleh Shuib. Individu tersebut memberitahu dia ingin mendengar topik tersebut dibincangkan oleh Shuib.

    Berikutan daripada itu, Shuib dilihat membalas komen tersebut dan berkata, idea yang dicadangkan itu sangat menarik dan boleh dipertimbangkan.

    Terdahulu, Shuib menyifatkan tindakan denda tersebut sebagai ujian dalam bidang perniagaan. Menurut Shuib, dia sudah bersedia untuk memperbaiki mana yang kurang dalam perniagaan yang diusahakan.

    Pihak syarikat juga sudah mengaku salah dan membayar denda dikenakan. Inilah adat orang berniaga. Saya kena bersedia menghadapi apa saja ujian yang datang dalam perniagaan.

    Apapun, sedikit sebanyak tercalar juga jenama Bubblebee dengan berita yang dilaporkan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts