Nama pelakon Emma Maembong sekali lagi menjadi bualan hangat netizen di media sosial susulan komen yang ditinggalkan seorang individu.
‘Mana Kak Emma? Dalam hati..’
Baru-baru ini, individu yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Emma iaitu DJ Kidd telah memuat naik satu video di TikTok. Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah respon yang ditinggalkan DJ Kidd di ruangan komen saat menjawab soalan netizen.
Menerusi ruangan komen, seorang individu bertanya kepada DJ Kidd mengenai keberadaan Emma, tanpa berbasi-basi, DJ Kidd selamba menjawab bahawa aktres itu berada dalam hatinya.
Mana Kak Emma?
Dalam hati..Wah sweet la abang ni
Meskipun tidak tahu adakah ianya sekadar gurauan atau sebaliknya, tetapi rata-rata netizen mengakui suka dengan respon spontan lelaki itu.
Terdahulu, rular gambar pelakon Emma Maembong, 33, bercuti bersama seorang lelaki di luar negara dan mereka juga didakwa sudah berkahwin.