Amatlah banyak keistimewaan membaca al-Quran yang terdapat dalam Al-Quran dan Al-Hadis.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
“Orang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama-sama para malaikat yang mulia dan selalu berbuat baik. sedangkan orang membaca al-Quran dalam keadaan tersekat-sekat dan sulit untuk membaca maka baginya dua pahala” (HR Al-Bukhari dan Muslim)
Ini kerana Al-Quran merupakan salah satu kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai mukjizat kepada baginda SAW dan juga sebagai panduan kepada umatnya.
Justeru membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang amat besar ganjarannya. Antara hikmah disunatkan memperelokkan suara ketika membaca al-Quran adalah agar orang yang mendengarnya merasa khusyuk dan asyik.
Jika seseorang itu mampu memahami setiap bacaannya itu juga merupakan satu perkara yang amat baik
Berbahas soal ini, demikian antara komen pengguna laman sosial menerusi video bacaan ayat al-Quran yang dimuat naik pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.
“Masya-Allah, sedapnya suara.” – kata netizen
Menerusi video itu, Riz membaca potongan surah al-Anbiya ayat 89 hingga 90 berserta maksudnya secara santai dan bersahaja.
Menurutnya, bacaan itu sebagai peringatan buat semua yang mana ketika membaca al-Quran perlu juga mengetahui maksud ayat itu.
“Namun, itu bukanlah bermaksud seseorang hanya perlu membacanya apabila dia dilanda keresahan sahaja, tetapi ia perlu dibaca sepanjang masa. Malah, bacaan itu juga hendaklah difahami.
“Dalam perkara ini, kita perlu faham bahawa ganjaran pahala diberikan ke atas bacaan dan huruf yang kita baca,” katanya.
Mengenai komen yang memuji kelunakan suaranya, Riz yang juga suami kepada selebriti terkenal Neelofa berkata, itu adalah anugerah Allah selain turut belajar dari segi alunan bacaan al-Quran.
“Terima kasih kepada semua yang memberikan komen. Semoga perkongsian saya itu memberi manfaat dan kebaikan buat kita semua.
“Diharapkan perkongsian ringkas sebegini membuka satu lagi lembaran baharu yang positif dalam diri kita semua di tahun baharu ini,” katanya.
Menerusi hantaran lain Riz turut berkongsi bacaan daripada Surah an-Nasr ayat 1 hingga 3.